Projek video istimewa Salam Muslim yang berjudul PanggilanMu mendapat respon positif netizen.

Mula disiarkan semenjak 24 Julai lalu, PanggilanMu menjadi projek istimewa sempena kehadiran Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelang tiba.

Menggabungkan artis-artis seperti Hady Mirza, Lah Ahmad, Naqiu, Mawi, Anas Tahir dan PU Azhar, mereka berpadu suara mendendangkan talbiah yang diberi nafas baru sempena musim Haji ini.

BACA: Jangan Lupa Saksikan Gabungan Hady Mirza, Naqiu, Mawi, Lah Ahmad & Ramai Lagi Dalam PanggilanMu!

BACA: "Boleh Ke Suara Aku Ni Bertalbiah?" - Naqiu


Menerusi ruangan komen di laman YouTube, rata-rata netizen tersentuh selepas melihat video ini.





Ramai yang memuji kelunakan vokal pemenang Gegar Vaganza 2019, Naqiu dan Hady Mirza serta penyanyi dan penyampai radio Zayan, Mawi.

Mendapat lebih 30,000 tontonan, jom kita saksikan video istimewa PanggilanMu: