Gaya Hidup

Gadai Gelang Emas Masuk Kelas Dr Azizan, Usahawan Laksa Sarawak Kaut Untung RM7 Juta Setahun... Ramai Approve Katanya Sedap!

Amri Hassan
23/12/2022
01:30 MYT
Niat asal yang sekadar membantu suami akhirnya membenihkan rasa cinta buat pemilik empayar perniagaan King Laksa Sarawak, Nur Alya Mona Jikim, 38, untuk serius membina masa depan dalam dunia makanan dan minuman (F&B).
Malah dengan minat dan kesungguhan yang ada, anak jati Sarawak ini enggan menoleh ke belakang dalam mengangkat jenama makanan berkenaan yang diusahakan sejak tahun 2017.
Malah hingga kini, jenama makanan popular di bumi Kenyalang berdaftar di bawah Rizalya Sdn Bhd itu sudah mempunyai dua cawangan restoran di Kota Samarahan dan ICOM Square.
“Insya-Allah cawangan ketiga akan dibuka Januari tahun depan di Metro City, Matang, Kuching.
“Malah sebelum itu, kami bangkit di era pandemik COVID-19 dengan penuh optimis membuka cawangan kedua di ICOM Square. Permintaan dan peningkatan jualan juga mendadak naik ketika itu.
“Insya-Allah fokus lima hingga 10 tahun ke depan lagi, kami bercadang membuka beberapa lagi cawangan di bandar besar di sini. Setiap cawangan juga disasarkan mendapatkan keuntungan RM4 juta setahun,” kata isteri kepada Rizal Jamali ini.

Buka cawangan laksa sarawak

Bertindak sebagai pengarah dan isteri pengasas jenama itu, Nur Alya Mona bercadang meneroka peluang dengan melebarkan francais atau perlesenan bagi penambahan cawangan di Sarawak.
“Lima tahun mendatang juga, kami bercita-cita membuka cawangan di Semenanjung Malaysia dan Sabah. Berkemungkinan awal tahun 2024, kami jangka akan buka cawangan di Bangsar. Insya-Allah dalam masa sama mengintai peluang untuk membuka cawangan di luar negara.
“Malah dalam masa sama, kami mahu terus memberikan perkhidmatan dan layanan terbaik kepada pelanggan tercinta menerusi motto Positive Customer Experience Journey. Ia termasuk menyediakan manual operasi perniagaan bagi pasukan kerja dan pengurusan menjalankan aktiviti harian membabitkan pelanggan termasuk maklum balas sebarang ketidak puasan hati pihak mereka.
“Tentunya, visi kami sendiri adalah memasak dan menghidangkan makanan berkualiti tanpa kompromi kepada pelanggan. Misi saya juga mahu mengangkat menu dan masakan kebanggaan Sarawak ini ke mata dunia,” kata ibu kepada dua cahaya mata ini.
Mengintai kembara perjalanannya sebelum menumpukan perhatian 100 peratus kepada perniagaan F&B, Nur Alya Mona pernah menimba pengalaman kerja dalam pelbagai bidang.

Kerani kini jadi usahawan berjaya

Ia termasuklah koordinator projek Teknologi Maklumat, penasihat hutang peribadi, kerani dan pengurus perniagaan.
“Tapi akhirnya dunia perniagaan F&B yang menjadi pujaan hati. Saya menceburi perniagaan ini juga dengan 1001 ujian dan cabaran.
“Saya juga memulakan perniagaan ini dengan mendapat bimbingan syarikat RichWorks kendalian Datuk Wira Azizan Osman. Demi ilmu dan keinginan untuk menyertai kelas dianjurkannya, saya nekad menggadaikan gelang emas pertama berharga RM5,000. Dengan bimbingan itu jugalah saya dapat menjalankan perniagaan dengan betul dan mempunyai hala tuju yang jelas tentang perniagaan saya.
“Saya akur berniaga ini tak boleh semberono. Kena ada ilmu. Saya kini bersyukur menguruskan 52 staf selain memiliki kilang dan ibu pejabat. Tekan pautan https://linktr.ee/kinglaksasarawak untuk lebih lanjut,” katanya.

Untung RM7 juta

Jenama ini kini juga melebarluaskan perkhidmatan termasuk katering, acara korporat dan ‘private’.
“Kepakaran kami tentunya menyediakan Laksa Sarawak dengan udang bersaiz besar, isi yang sangat manis, kuah pekat dan likat. Tak ketinggalan pes sambal King Laksa juga menjadi kegilaan ramai.
“Keuntungan jualan juga ketara bermula hanya dari RM373,351 pada 2017 hingga angka RM7 juta pada tahun ini.
“Saya juga buka peluang pekerjaan bagi mereka yang memerlukan dengan bimbingan yang kuat daripada kumpulan kami”kata penerima Anugerah Top SME CEO dan Top 500 Trust Brand Award, Majlis Tindakan Pengguna Negara pada tahun ini.
Dalam pada itu, jenamanya termasuk Laksa Sarawak sendiri menjadi pilihan selebriti popular.
“Mereka termasuklah Ella, Alyah, Ernie Zakri, Sweet Qismina, Adam Lee, Daler Yusuf, Yana Samsudin, Zizan Nin, Mas Idayu, Ismail Izzani dan pempengaruh seperti Kasih Leona Iris dan Nur Sajat,” kata pemenang kategori Promising Brand Food & Beverage, Bumiputera Business Excellent Business ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Viral

"Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara

gempak
25/07/2024
07:30 MYT
Pemilik akaun Instagram, dipercayai individu yang pernah mengirimkan surat layang tentang kes buli bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tampil memuatnaik hantaran mengimbas kejadian yang berlaku sekitar tujuh tahun lalu.
Viral

Lelaki Berpakaian Wanita ‘Kantoi‘ Curi Baju Dalam

gempak
25/07/2024
04:01 MYT
Perbuatan seorang lelaki yang mencuri pakaian dalam di sebuah kawasan kejiranan berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV).
Hiburan

Adidas Mohon Maaf Pada Bella Hadid - "Kami Melakukan Kesilapan Yang Tidak Disengajakan"

gempak
25/07/2024
02:30 MYT
Syarikat pakaian sukan berpangkalan di Jerman, Adidas memohom maaf kepada supermodel terkenal berdarah campuran Palestin, Bella Hadid.
Hollywood

Celine Dion Dibayar RM9 Juta Untuk Nyanyi Satu Lagu Di Olimpik Paris 2024

gempak
25/07/2024
00:30 MYT
Khabar angin legenda pop terkenal dunia Celine Dion akan tampil kembali di upacara perasmian Sukan Olimpik Paris, awal pagi Sabtu ini semakin bertiup kencang.