Laman Utama

Gadis 17 Tahun Diperkosa Bergilir-Gilir Oleh Bapa Kandung, Pak Cik & Atuk

gempak
Firdaus
09/11/2023
09:25 MYT
Sponsor Banner
Gadis 17 Tahun Diperkosa Bergilir-Gilir Oleh Bapa Kandung, Pak Cik & Atuk
‘Bagai haruan makan anak’, itulah situasi yang dilalui oleh gadis berumur 17 tahun apabila dia mendakwa bahawa dirinya telah diperkosa oleh bapa, datuk dan bapa saudaranya.
Dalam kejadian yang berlaku di Madiun, Jawa Timur itu, mangsa memberitahu telah diperkosa secara bergilir-gilir oleh ketiga-tiga ahli keluarga tersebut.

BERITA TRENDING: "Bapa Jenis Apa Rogol Anak 105 Kali?" - Lelaki Dipenjara 42 Tahun, 24 Sebatan!

Menurut sumber, perbuatan keji itu pertama kali dilakukan oleh datuknya pada 1 Ogos ketika dia sedang tidur.
Perbuatan berkenaan turut dilakukan oleh bapa saudaranya pada waktu malam sekitar jam 9 manakala ayahnya pada waktu subuh.
Perkara itu telah diulangi sehingga lima hari dan mangsa berjaya lari dari rumah pada 6 Ogos ketika suspek tiada di rumah.
Dalam pada itu, mangsa turut mendedahkan dirinya telah dikasari dan diugut sekiranya dia membuka mulut tentang kejadian yang berlaku.
Kes tersebut walau bagaimanapun sedang disiasat oleh pihak polis dan ibu kandung mangsa turut dipanggil bagi memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.
Sumber: NOVA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live