Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Gadis Ini Pernah Dilihat Bersama Remy Ishak, Siapa Fatin Diana? - "Buat Kali Pertama Dia Menjadi ..."

Amri Hassan
10/03/2022 00:51 MYT
Di sebalik jenama yang pernah menyaksikan aktor pujaan ramai Malaya, Remy Ishak menjadi duta produk minuman Origina, di belakangnya ada tunjang seorang wanita bujang dan muda yang menjadi penggerak jenama itu.

Wanita berusia 28 tahun bernama Fatin Diana Mohd Zain itu jugalah bertindak sebagai pengasas jenama minuman terbabit.

Menurut wanita berasal dari Kedah itu, dia meneruskan legasi dan kelangsungan perniagaan keluarga di bawah syarikat PS Food & Beverage Sdn Bhd yang beribu pejabat di Klang.

Kata graduan Sarjana Muda bidang perniagaan pengkhususan dalam pengurusan serta pemasaran dari Universiti Monash di Melbourne, Australia ini sejak kecil lagi dia sudah mula terdedah dengan terma niaga.

"Ketika jenama Origina belum terkenal sekitar tahun 2016 lagi, saya sudah bergelar promoter di karnival, pasar raya dan sekolah. Saya sudah terbiasa turun padang mempromosikannya.

"Malah ketika itu, tanpa pasukan kerja yang kuat, saya beri idea kepada ayah supaya jenama itu tembus ke sekolah di Shah Alam. Masa itu dalam 1,000 buah sekolah berjaya ditembusi.

"Saya pernah menjadi eksekutif jualan ketika produk Origina menyertai pameran makanan dan minuman di Dubai, Amsterdam, Rusia dan Vietnam. Masa belajar di Australia pun saya ada berikan input kepada ayah dari kejauhan," kata anak sulung dua beradik itu.



Remy Ishak

Katanya perniagaan jenama minuman itu kini dikemudi sepenuhnya sambil dibantu ibu tersayang.

"Jika dulu jenama ini di bawah kawalan ayah hanya berkonsepkan BTB atau Business To Business. Tapi sejak saya ambil alih, ia berubah menjadi Business To Consumer (BTC). Ayah kini lebih fokus dalam urusan pengilangan dan kualiti produk. Saya pula di posisi hadapan menguatkan jenama produk.

"Asalnya ayah juga menjadi perintis di Malaysia yang memperkenalkan produk minuman di dalam pouches atau pek kantung. Daripada pembekal kepada pelbagai jenama antarabangsa, akhirnya ayah cetuskan jenama Origina minuman dalam pouches. Jenama itu umpama prototaip.

"Kemudian saya lakukan rombakan dan penjenamaan semula untuk jenama itu. Malah pada 2019, kita buat kali pertama gunakan duta Remy Ishak. Impaknya jenama itu semakin dikenali dengan meluas. Bagaimanapun kontrak Remy sudah tamat," katanya.

Seiring peredaran semasa, Fatin Diana optimis untuk lebih membawa dirinya ke depan.

"Mungkin cara dibesarkan, membuatkan saya lebih fokus kepada apa yang diingini. Saya nak lihat jenama dan perniagaan dimiliki terbang tinggi.

"Kadang-kadang apabila terlalu sibuk, nak kemas kini entri sama ada gambar atau video di akaun media sosial sendiri pun tak sempat. Yang kenal diri ini bagaimana akan tahu cara saya," katanya.

Kahwin? Tunggu Dulu ...

Kerana terlalu dedikasi terhadap kerja, Fatin Diana juga tidak seperti kebanyakan wanita seusianya yang menikmati kehidupan.

"Saya memang selalu utamakan kerja. Macam sekarang misi nak pastikan rangkaian produk baru meletup di pasaran. Hal kahwin itu ada juga terlintas, tapi tunggulah dulu. Mungkin dalam setahun dua lagi, saya kahwin," katanya.

Kini jenama minuman itu diedarkan di lebih 20,000 'outlets' seluruh Malaysia menjadi jenama minuman yang dipercayai jutaan pengguna di Malaysia dan juga beberapa negara di Asia Tenggara.



"Produk ini telah berjaya membantu lebih 3 juta orang di Malaysia dalam tempoh kurang setahun untuk meningkatkan imunisasi badan. Terutamanya dengan pengeluaran Origina Vitamin C 1000mg yang berasaskan Jus Asli, mudah diminum pada harga yang berpatutan.

"Kami juga berkolaborasi dengan rangkaian kedai serbaneka terbesar negara, 7-Eleven Malaysia untuk menghasilkan minuman Origina Jus Lemon Vitamin C 1000mg yang dijual eksklusif di kedai itu.

"Kini kami juga ingin menjadi asbab kepada orang lain dapat kebaikan menerusi kelahiran Produk Endemic Series: BioWonders. Ia dilancarkan 3 Mac lalu dan dihadirkan dengan dua jenis, Mighty Immunity dan Inflamma Care. Namun perancangannya hampir setahun dan niat ini tercetus disebabkan penularan COVID-19.

"Ia selaras dengan persediaan untuk melangkah masuk ke langkah endemik di mana kita perlu bersedia untuk hidup bersama wabak ini dan tak boleh mengawal situasi lalu kena mengambil langkah menjaga diri kita.

"Lalu kami tergerak untuk menghasilkan produk lebih-lebih lagi sebagai ikhtiar membantu individu yang pernah terkena COVID-19 atau penyakit autoimun. Untuk permulaan kita keluarkan 100,000 unit di pasaran," katanya.

Kini hampir 3.5 Juta rakyat Malaysia berada di pasca COVID-19 dan bermakna dalam purata satu dalam setiap 11 orang di kalangan kita pernah terkena wabak jahat itu.

"Kita akur ramai kenalan, saudara malah pekerja kami merupakan bekas pesakit COVID-19. Ada yang masih mengalami simptom yang kerap kelesuan, kesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti, sukar tidur malam, batuk dan kebimbangan hingga melebihi tempoh empat ke 12 minggu.

"Ia semua disebabkan antibodi yang lemah dan juga inflamasi yang tinggi dalam badan akibat jangkitan wabak itu. Ancaman komplikasi jangka panjang akibat COVID-19 yang dikenali sebagai 'Long COVID' juga membimbangkan apabila semakin ramai jumlah pesakit wabak itu yang sudah sembuh, terpaksa dirujuk kembali ke hospital dan unit rawatan rapi (ICU).

"Lalu diharap kehadiran produk baharu ini dilihat sebagai ikhtiar atau alternatif untuk kita terus mendapatkan perlindungan.

Produk ini juga menjadi penanda aras untuk kami untuk kami melangkah ke industri BioPharmacy atau NutraCeutical. Menerusi produk ini juga kami berkolaborasi dengan pakar dan saintis untuk menyokong keberkesanannya," katanya.

Jenama yang beribu pejabat dan memiliki kilang utamanya di Klang, Selangor itu juga terus membantu berkongsi rezeki melalui pembangunan sistem agen.

"Daripada situ kami rekrut 'dropship' dan stokis untuk sama sama menjana pendapatan dan sebarkan manfaat. Tekan pautan https://biowonders.com.my/ untuk lebih lanjut," katanya.

#pelakon #Viral #Remy Ishak #Duta #Artis #Minuman #Fatin Diana #Origina
;