Susulan kejayaan lagu Gadis Jolobu nyanyian Datuk Hattan dan Waris yang meraih 10 juta tontonan di YouTube, filem Gadis Jolobu The Movie pula sedang menjalani penggambaran mulai minggu lalu.
Menyasarkan untuk dipasarkan pada Jun tahun ini, filem arahan CL Hor itu akan menjadi antara 12 karya yang akan diterbitkan oleh syarikat hiburan terkemuka Asia Pasifik, Tremendous Entertainment dan Zebra Studios Sdn. Bhd.
Uniknya, kata pengasas dan pengarah Zebra Studios, Saraleana Nattaya Azmi, filem itu akan mengangkat budaya dan tradisi Minangkabau serta dialek Negeri Sembilan.
"Kami teruja memulakan penggambaran filem dialek pertama, apatah lagi, gabungan pelakon, penyanyi dan pelawak berpengalaman bersama bakat baharu yang diketengahkan.
"Kami percaya filem Gadis Jolobu The Movie adalah permulaan yang baik untuk merealisasikan visi kami bagi mengangkat kandungan Malaysia ke peringkat glokal.
"Lihat sahaja drama bersiri, Money Heist. Ia menjadi tontonan ramai walaupun bukan dalam bahasa Malaysia kerana tetap terhibur dengan kandungannya dan kualiti produksi.
"Di Malaysia, kita boleh berbangga dengan filem Hantu Kak Limah yang mengetengahkan dialek Perak hingga berjaya menarik perhatian jutaan penonton.
"Idea menghasilkan filem diberikan Hattan, tiga tahun lalu selepas melihat sambutan terhadap lagu Gadis Jolobu.
"Bagaimanapun, belum sempat memulakan perancangan pos produksi, dunia diserang pandemik COVID-19. Hanya kini kerja pos produksi dapat dimulakan," ujarnya kepada Gempak.
Filem Gadis Jolobu The Movie dibintangi oleh Datuk Hattan, Khir Rahman, Joey Daud, Ahirine Ahirudin dan ramai lagi.
Manakala, pengarahnya CL Hor yang berpengalaman menghasilkan filem di China, Hong Kong dan Korea Selatan optimis filem Gadis Jolobu The Movie akan mendapat perhatian di pasaran global.
"Kami menyasarkan filem Gadis Jolobu The Movie ke pasaran luar negara. Buktinya, kami sudah mempunyai pengedar dari Indonesia dan Thailand yang mahu bekerjasama.
"Lebih menarik, penggambaran filem belum bermula, namun Golden Screen Cinemas (GSC) sudah pun menjadi pengedar utama. Ia kerana GSC melihat nilai produksi dan yakin filem ini boleh berjaya.
"Faktor utamanya kerana mengetengahkan budaya Malaysia. Gadis Jolobu The Movie ialah filem budaya yang sangat berwarna-warni dengan sinematografi etnik persekitaran kampung, ditambah pula elemen komedi yang mempamerkan sebahagian daripada Malaysia kepada mata dunia," katanya.
Gadis Jolobu The Movie akan ditayangkan di pawagam GSC di seluruh negara dan platform Over-The-Top (OTT), Get PLAY pada Jun depan.
Lebih menarik, filem itu juga akan ditayangkan menerusi wayang pacak yang diadakan sekitar Negeri Sembilan.
Filem kerjasama Zebra Studio dan Tremendous Entertainment itu menjalani penggambaran di Kampung Lonek, Negeri Sembilan.
Gadis Jolobu The Movie memaparkan kisah tiga bujang terlajak yang rapat sejak kecil dan berusaha mencari jodoh di kampung halaman.
Sumpahan 'lambat sunat, lambatlah kahwin' sering bermain dalam fikiran menyebabkan mereka berusaha mencari jodoh walaupun menghadapi pelbagai dugaan.
Amri Hassan
Sat Mar 12 2022


Tak Sempat Sampai Majlis Pengebumian Nenek, Pemain Badminton Dan Ibu Meninggal Dunia Akibat Kemalangan
Allahuakhbar... Al-Fatihah...

“Saya Reda Dengan Qada & Qadar”- Adi Putra Mengesahkan Nama Tiada Dalam Mat Kilau 2
Tiada rezeki Adi kali ini

"Hubungan Juga Sudah Tidak Baik" - Peguam Jelaskan Diana Danielle Bayar Sewa Rumah, Ada Hak Halang Farid Kamil Masuk
Penjelasan peguam mewakili Diana.

Kecoh Tersebar Gosip Son Ye Jin Minta Cerai Sebab Hyun Bin Kuat Berjudi
Harap semuanya baik-baik sahaja.

"Tak Mungkinlah Kami Bergaduh" - Syida Melvin Cabar Diri Gerak Solo Tanpa Adik-Beradik
Adik beradik kot

Peminat Dakwa Tak Ada Job, Agnes Mo: “Sekali Bekerja Cukup Untuk Beberapa Tahun”
Fuh, sekali kerja dah cukup tau. Hebat Agnes Mo.

Shaheizy Sam Elak Komen Masalah Rumah Tangga Orang - “Saya Percaya Kifarah”
Ada betul kata Sam tu...

Suami Yana Samsudin Edit Gambar Dengan Pelakon High Council, Netizen - “Yang Belakang Itu Next Kapla Ke?”
Terhibur tengok haha

Bekas Pemain Bass XPDC, Man Tobey Meninggal Dunia
Al-Fatihah...

“Saya Masih Sayangkan Diana” - Farid Kamil
Semoga ada jalan pendamaian