Viral

Gadis Russia Ini Tidak Kisah Kahwin Lelaki Gaji RM2,300

gempak
Umirah Halim
26/06/2024
15:00 MYT
Sponsor Banner
Gadis Russia Ini Tidak Kisah Kahwin Lelaki Gaji RM2,300
Sepotong video memaparkan seorang gadis cantik asal Russia yang mendedahkan bahawa dia tidak kisah mengahwini lelaki yang mempunyai pendapatan AS$500 atau RM2,300 berjaya mendapat perhatian orang ramai.

Tak kesah tentang gaji

Menerusi perkongsian video TikTok oleh @spstreetstory, wanita yang menganut agama Kristian itu didekati pempengaruh yang memintanya menyarungkan hijab lalu ditanya tentang pendapatan yang perlu dimiliki seseorang lelaki untuk mengahwininya.
“Saya tidak peduli tentang gaji seorang lelaki, namun jumlah tersebut mestilah mencukupi untuk menampung semua perbelanjaan kos sara hidup dalam lingkungan AS$500 (RM2,347),” katanya.
Menurut gadis itu, segala urusan untuk perkahwinannya tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak.

“Mengikut tradisi Russia, seorang pemuda perlu menghulurkan duit kepada bakal ibu mertua, tidak kira berapa jumlahnya bergantung kepada keperluan bagi membayar kos perkahwinan sekitar AS$200 (RM942).

“Biasanya, kos untuk majlis perkahwinan dibayar oleh pihak lelaki. Rakan saya akan berkahwin pada Ogos ini dan tunangnya membayar keseluruhan untuk majlis bersanding,” ujar wanita tersebut.
@spstreetstory
How much money does a man need to marry a Russian woman?..
♬ original sound - SP STREET STORY
Gadis itu turut sempat berkongsi bahawa majlis perkahwinan di Russia dibuat secara kecil-kecilan dan hanya dihadiri ahli keluarga serta rakan-rakan terdekat.
“Perbelanjaan yang disediakan oleh tunang rakan saya hanya AS$700 (RM3,298). Bagaimanapun, perbelanjaan itu bukan dihabiskan untuk majlis perkahwinan semata-mata tetapi digunakan untuk bulan madu mereka,” katanya.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial yang terdiri daripada rakyat Malaysia memberikan pelbagai reaksi tentang kenyataan tersebut.

Berita Trending: Tular Paip Sisa Makanan Bocor Di Parking Mall, Pemilik Kereta Mewah Tahan Bau Masam & Kepam - "Pengurusan Offer Cuci Kereta Percuma Setahun Tapi…

Berita Trending: "Jangan Jolok Sarang Tebuan!" - Lama Tahan Sabar, Shu Shukri Dedah Perbualan Lucah Bekas Suami & Penyondol?

Berita Trending:Jangan Salah Orang, Suami Siti Jamumall Tiada Kaitan Dengan Iklan Tular! Ini Asal Usul Pilihan Nama Aiman Tak Kisah

“Kita bukan tak kaya, cuma salah negara sahaja, sangat berbeza dari segi cara pemikiran dan percakapan dia.
“Nak cari juga jodoh dari Russia tapi lepas kahwin lagi banyak pakai duit sebab perlu balik kampung di Malaysia. Senang cerita gaji mesti RM10,000 lah.
"Patut lah aku tak kahwin aku salah negara rupanya," komen beberapa netizen Malaysia.
Setakat artikel ini ditulis, hantaran ini telah mendapat sebanyak 1.7 juta tontonan di Platform TikTok.

Berita Trending: Lelaki Kantoi Curang Tak Mengaku Pukul Isteri

Berita Trending: JAIS Tangguhkan Semua Ceramah & Kuliah Ustaz Don?

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live