Viral

Gaduh Pasal Kentut, YouTuber Kutuk Pemandu Teksi Berdepan 5 Tahun Penjara

gempak
Maliah Surip
15/02/2024
13:32 MYT
Sponsor Banner
Gaduh Pasal Kentut, YouTuber Kutuk Pemandu Teksi Berdepan 5 Tahun Penjara
Seorang pelakon yang kini menjadi YouTuber menimbulkan kontroversi selepas menuduh pemandu teksi kentut sewaktu memandu.

BERITA TRENDING: Malu Kentut Depan Kekasih, Penyanyi Brazil Dimasukkan Ke Hospital Kerana ...

Kejadian itu berlaku pada sambutan Tahun Baru Cina sewaktu YouTuber yang dikenali sebagai A menaiki teksi tersebut sebelum menghidu bau busuk yang disifatkannya sebagai kentut daripada pemandu.
Ia menjadi isu selepas A yang pada waktu itu sedang bersiaran secara langsung telah memarahi dan mendesak pemandu tersebut mengaku dirinya kentut.
“Saya minta maaf tapi anda kentut? Kenapa ia berbau begini? Saya fikir anda kentut”, tanya A kepada pemandu teksi seperti dilaporkan AllKPop.
Pemandu teksi tersebut menafikan dirinya kentut namun A tetap mendesak dan mengatakan lelaki itu kentut sehingga menimbulkan kemarahannya.
A bagaimanapun terus merakam perselisihan faham tersebut sewaktu pemandu teksi sedang memandu.

BERITA TRENDING: Kentut Depan Muka Didakwa Mampu Sembuhkan Penyakit!

Berang dengan tindakan biadab A yang mendesak dirinya mengaku telah kentut, B dilihat menolak kamera yang dihalakan kepadanya.
YouTuber itu kemudian membuat laporan polis dengan alasan dikasari oleh pemandu tersebut.
“Kenapa dia nak marah sangat? Adakah saya tidak berhak bertanya?”katanya.
Pemandu teksi menafikan dakwaan yang dibuat A kepada pihak berkuasa.
Kontroversi yang menjadi viral di laman platform komuniti itu kemudian menerima banyak reaksi.
“Sebab itu anda hanya menjadi seorang pemandu teksi!”selar A.
Ramai yang tidak berpuas hati dengan sikap biadab A.
Malah ada yang mengingatkan A bahawa dia boleh berdepan hukuman maksimum penjara lima tahun atas kesalahan memalukan dan menganggu pekerjaan seorang pemandu pengangkutan awam seperti teksi.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024