Hiburan
“Gaduh Pun Sekejap Je Sebab Ingat Kata-Kata Ustaz Kursus Kahwin” - Anzalna
Pelakon jelita, Anzalna Nasir menyambut ulang tahun kedua perkahwinannya bersama suami, Hanif Zaki.
Menerusi kemas kini laman Instagram miliknya, Anzalna memuat naik beberapa potongan video kenangan sewaktu mereka naik pelamin dua tahun yang lalu.
Dalam satu video yang dimuat naik terkandung ucapan yang menarik perhatian ramai pihak.
“@hanif_zaki has the most amazing personality ever, Extraordinary in every single way indeed. Every little thing he does is so cute even if it’s annoying, you just can’t feel angry at him.
“I love everything about him, from head down to toe. One of the most important people in my life. I Could never ask for a better husband. I’ll love you forever InsyaAllah. Happy Anniversary to us.
“2 years of our marriage, 12 years bercinta, 2 kali bergaduh sepanjang kahwin (Gaduh pun sekejap je sebab teringat kata-kata ustaz di kursus kahwin).
“Alhamdulillah.. I hope it stays this way forever. Appreciate your loved ones always and insyaAllah, your relationship will last forever,” tulis Anzalna.
Anzalna turut meletakkan hashtag #Hanzalna2YearsAnniversary dalam entri tersebut.
Rata-rata peminat mengambil kesempatan untuk mencoretkan ucapan tahun baru kepada pasangan ini.
Malah peminat juga tidak sabar mahu menantikan kehadiran cahaya mata bagi melengkapkan hidup Anzalna dan Hanif.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Anzalna