The Gadys Lancar Lagu Raya, Harap 'Cuti Raya' Evergreen!
Amri Hassan
31/03/2024 02:49 MYT
31/03/2024 02:49 MYT
Mengiringi sambutan Hari Raya Aidilfitri, Kumpulan The Gadys muncul dengan lagu raya berjudul Cuti Raya yang dianggap sangat dekat dengan kehidupan harian semua orang yang bekerja pada musim perayaan ini.
“Lagu Cuti Raya adalah sebuah lagu yang boleh dikatakan sangat rapat dengan kehidupan harian semua orang yang bekerja.
"Lagu Cuti Raya lebih kepada gambaran emosi dalam lirik lagu dan lirik yang ‘straightforward’ untuk menyatakan hasrat dan harapan untuk cuti beraya dan tidak mahu bekerja supaya dapat bergembira di hari raya dengan orang yang tersayang,” kata Aznie.
“Proses rakaman lagu raya adalah antara proses yang sangat ‘fun’ sebabnya ini kan lagu raya, pelbagai emosi yang boleh kita letak dalam setiap melodi dan nyanyian yang kita nyanyikan.
“Pada mulanya banyak juga lirik yang dicuba dan diubahsuai agar lirik itu lebih kena dengan situasi dan keadaan semasa ramai orang di luar sana apabila mendengar lagu ini,” katanya.
Dia juga berharap lagu Cuti Raya ini dapat diterima baik oleh semua peminat dan pendengar.
“Kami berharap Cuti Raya ini akan sentiasa didengari oleh setiap orang setiap kali raya dan kami juga mengharapkan setiap pendengar Cuti Raya gembira dan menerima Cuti Raya dengan seadanya,” katanya.
BERITA TRENDING: Netizen Puji Suara Thamiera Chan, Anggap Lagu 'Cintaku Sampai Ke Ethiopia' Tak Sesuai Dengan Suara
The Gadys dianggotai Aznie Azmi, Ayunie Rizal dan Thamiera Chan mahu lagu Cuti Raya ini menjadi antara lagu raya paling diminati tahun ini seterusnya kekal evergreen.“Lagu Cuti Raya adalah sebuah lagu yang boleh dikatakan sangat rapat dengan kehidupan harian semua orang yang bekerja.
"Lagu Cuti Raya lebih kepada gambaran emosi dalam lirik lagu dan lirik yang ‘straightforward’ untuk menyatakan hasrat dan harapan untuk cuti beraya dan tidak mahu bekerja supaya dapat bergembira di hari raya dengan orang yang tersayang,” kata Aznie.
Ubah suai lirik itu keadaan semasa
Berkongsi lanjut, Aznie berkata, proses rakaman lagu Cuti Raya sangat menyeronokkan.“Proses rakaman lagu raya adalah antara proses yang sangat ‘fun’ sebabnya ini kan lagu raya, pelbagai emosi yang boleh kita letak dalam setiap melodi dan nyanyian yang kita nyanyikan.
“Pada mulanya banyak juga lirik yang dicuba dan diubahsuai agar lirik itu lebih kena dengan situasi dan keadaan semasa ramai orang di luar sana apabila mendengar lagu ini,” katanya.
BERITA TRENDING: Isu The Gadys Tak Boleh Menyanyi Live Salah Siapa? Ajai Beri Pandangan - “Ada 3 Masalah Di Situ”
Bagi Ayunie, bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam penghasilan lagu Cuti Raya ini satu lagi pengalaman berharga buat mereka.Dia juga berharap lagu Cuti Raya ini dapat diterima baik oleh semua peminat dan pendengar.
“Kami berharap Cuti Raya ini akan sentiasa didengari oleh setiap orang setiap kali raya dan kami juga mengharapkan setiap pendengar Cuti Raya gembira dan menerima Cuti Raya dengan seadanya,” katanya.
BERITA TRENDING: Pasca Kecaman, Thamiera The Gadys Tampil Dengan Lipsync Lagu Fujiyama, Netizen Puji - “Kenapa Aku Rasa Sedap Je Eh”
Kerja masa cuti raya
Sementara itu, Thamiera berkata, lagu Cuti Raya ni sangat kena untuk orang yang bekerja dan tidak mendapat cuti pada sambutan hari raya ini. Thamiera berkata, penggambaran video muzik lagu Cuti Raya ini dijayakan dengan baik hasil daripada kerjasama semua pihak.
“Alhamdullilah, penggambaran MV semua berjalan dengan lancar. ‘Calltime’ saya yang paling awal iaitu jam 6.30 pagi saya dah sampai ke lokasi yang diberi. Lepas habis bahagian saya, saya sempat tidur di bilik artis sementara menunggu gadys yang lain habis juga.
“Selepas mereka pun habis, kami bersama-sama berbuka puasa dan selepas itu juga kami terus ke lokasi yang terakhir. Pasukan produksi sangat mudah untuk bekerjasama dan kami sangat selesa, seronok sepanjang proses rakaman,” katanya.
Lagu Cuti Raya adalah ciptaan Ja’a, Mage dan Glowrush dan menampilkan Adib Hussin dan Glowrush selaku penerbit.
Lagu Cuti Raya boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music pada 22 Mac 2024, muzik video juga akan ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi The Gadys ada 29 Mac 2024.