,
Hiburan

Gagal Capai Kata Sepakat, Kes Saman Penulis Skrip Sekali Lagi Cinta Kembali & Amelia Henderson Bakal Diteruskan Di Mahkahmah

Gempak
06/08/2024
13:22 MYT
Kes saman antara penulis skrip drama Sekali Lagi Cinta Kembali, Rehal Nuharis atau nama sebenarnya Haironizan Mohd. Idris dengan pelakon Amelia Henderson gagal diselesaikan secara baik melalui proses mediasi hari ini.
Susulan itu, kes saman akan diteruskan dengan perbicaraan pada 6 dan 7 Februari tahun hadapan.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh peguam Mansheel Kaur yang mewakili Amelia atau nama sebenarnya Amelia Thripura Henderson, 29, selaku defendan selepas prosiding kes mediasi itu di hadapan Timbalan Pendaftar Mazilah Manap di Pusat Mediasi Mahkamah Kuala Lumpur.
“Oleh kerana dalam kes ini, Amelia disaman, dia (Amelia) perlu membela diri,” kata peguam itu.

Kedua pihak gagal capai kata sepakat

Sementara itu, Amelia ketika ditanya faktor mediasi hari ini gagal, pelakon itu berkata ia antaranya kedua-dua pihak tidak mencapai kata sepakat, tiada persefahaman termasuk syarat-syarat penyelesaian.

“Gagal…(mediasi) jadi kita akan teruskan dengan trial (perbicaraan),” katan yang hadir pada proses mediasi itu.

Dalam pada itu peguam Nor Zabetha Muhamad Nor yang mewakili Haironizan, 37, selaku plaintif berkata kedua-dua pihak tidak mencapai kata sepakat antaranya membabitkan syarat-syarat penyelesaian dalam proses mediasi itu.
BERITA TRENDING: Amelia Henderson Berjaya Buat Rayuan, Tak Perlu Bayar RM200,000 Kepada A. Aida Production
BERITA TRENDING: Aedy Ashraf Akui Tak Ada SPM, Korbankan Zaman Remaja Demi…
“Justeru kes saman itu diteruskan dengan perbicaraan yang akan bermula 6 dan 7 Februari 2025 di hadapan Mahkamah Sesyen Faiz Dziyauddin.
“Pengurusan kes selanjutnya bagi mengemaskini pemfailan dokumen perbicaraan ditetapkan pada 4 Oktober ini secara dalam talian. Setakat ini, pihak kami akan memanggil dua saksi, namun kemungkinan ada tanbahan saksi dalam prosiding itu nanti,” katanya ketika dihubungi pemberita.
BERITA TRENDING: Didakwa Sering Berbalas Hantaran Di Media Sosial Bersama Bekas Kekasih, Ini Respons Amelia Henderson - "Mungkin Orang Buat Andaian Tapi Saya Dengan Aedy.."
BERITA TRENDING: A. Aida Reda Hanya Dibayar RM10,000, Saman Bukan Sebab Duit Tapi…
Mediasi merupakan alternatif penyelesaian kes tanpa melalui proses perbicaraan penuh.
Terdahulu, dalam saman yang difailkan pada 20 September 2023, plaintif mendakwa Amelia telah memuat naik satu siaran video secara langsung melalui akaun Instagram miliknya pada 25 Jun 2022, dengan memberi kenyataan yang menjatuhkan reputasi serta memprejudiskan nama baik plaintif berhubung drama ‘Sekali Lagi Cinta’.
Plaintif mendakwa video tersebut telah memberi gambaran negatif tentang penulisan skrip plaintif dalam drama tersebut yang menyokong keganasan rumah tangga serta misoginis selain komen pihak ketiga terhadap kenyataan yang dibuat defendan itu mendatangkan kecaman, kebencian serta kemarahan terhadap plaintif.
Sehubungan itu, plaintif antaranya memohon satu injuksi tetap untuk menghalang defendan, sama ada melalui dirinya sendiri atau wakilnya menyebarkan atau menerbitkan kenyataan fitnah tersebut secara lisan, media cetak atau internet selain menuntut ganti rugi am, khas dan teruk.
Pada tahun lalu, Amelia yang pernah disaman syarikat produksi A.Aida Production Sdn. Bhd. telah membayar ganti rugi nominal RM10,000 terhadap syarikat produksi itu seperti yang diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi.
Bayaran RM10,000 itu selepas Amelia berjaya dalam rayuannya berhubung keputusan Mahkamah Sesyen yang sebelum itu memerintahkannya membayar ganti rugi lebih RM200,000 kepada syarikat produksi itu.
Sumber: Kosmo
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Fattah Amin Reda Jodoh Tak Panjang, Tiada Kekesalan Berkahwin Dengan Fazura - “Saya Juga Masih Sayangkan Dia Sebagai…”

gempak
08/10/2024
02:55 MYT
Pelakon, Fattah Amin, mengakui reda setelah jodoh bersama bekas isteri, Nur Fazura tidak berpanjangan.
Hiburan

Kes Saman Amelia & Penulis Skrip Drama Diteruskan, Aedy Ashraf Doakan Yang Terbaik - “Dia Wanita Cekal”

gempak
08/08/2024
06:50 MYT
Pelakon, Aedy Ashraf mengambil maklum mengenai kes saman melibatkan seorang penulis skrip bagi sebuah drama terhadap aktres, Amelia Henderson yang masih lagi belum selesai.
Hiburan

Didakwa Sering Berbalas Hantaran Di Media Sosial Bersama Bekas Kekasih, Ini Respons Amelia Henderson - "Mungkin Orang Buat Andaian Tapi Saya Dengan Aedy.."

gempak
04/07/2024
13:25 MYT
Susulan berita tentang perpisahan pengacara dan pelakon jelita Amelia Henderson bersama pelakon Aedy Ashraf baru-baru ini hantaran yang dimuat naik pasangan ini sering menjadi bualan warganet.
Hiburan

Didakwa Sering Berbalas Hantaran Di Media Sosial Bersama Bekas Kekasih, Ini Respons Amelia Henderson - "Mungkin Orang Buat Andaian Tapi Saya Dengan Aedy.."

gempak
04/07/2024
13:25 MYT
Susulan berita tentang perpisahan pengacara dan pelakon jelita Amelia Henderson bersama pelakon Aedy Ashraf baru-baru ini hantaran yang dimuat naik pasangan ini sering menjadi bualan warganet.
Viral

Masih Degil & Ego, Aliff Syukri Enggan Beri Peluang Lagi Pada Bekas Pembantu Peribadi - "Sekarang Baru Sedar Langit Tinggi Atau Rendah"

gempak
25/06/2024
09:11 MYT
Baru sahaja menang kes saman fitnah terhadap bekas pembantu peribadinya, Melati Abdul Ghani, usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri kali ini memuat naik hantaran meluahkan perasaannya berhubung permasalahan itu.
Unitar