Laman Utama

A. Aida Reda Hanya Dibayar RM10,000, Saman Bukan Sebab Duit Tapi…

gempak
Maliah Surip
28/10/2023
00:50 MYT
Sponsor Banner
A. Aida Reda Hanya Dibayar RM10,000, Saman Bukan Sebab Duit Tapi…
Susulan keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan Amelia Henderson sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen supaya pelakon itu membayar lebih RM200,000 kepada syarikat produksi A. Aida Production Sdn Bhd membabitkan pelanggaran kontrak drama disambut baik oleh penerbit tersebut.
Datuk A. Aida menerusi kenyataan rasmi yang diberikan kepada media mengakui reda dan menghormati keputusan yang dibuat Mahkamah Tinggi, semalam.

BERITA TRENDING: Langgar Kontrak, A. Aida Saman Amelia Henderson & Idris Khan - “Saya Tersentak, Sangat Tak Profesional!”

Namun penerbit drama berkenaan menyatakan bakal berbincang lanjut dengan peguam sama ada perlu membuat rayuan lanjut.
"Saya menghormati keputusan Mahkamah Tinggi, tetapi akan berbincang dengan peguam sama ada perlu membuat rayuan menerusi mahkamah rayuan.

BERITA TRENDING: "Sebarang Rayuan Tak Akan Dilayan..."- A. Aida Serik Bekerjasama Dengan Amelia Henderson

"Bagaimanapun, apa yang saya perjuangkan iaitu wujudnya pelanggaran kontrak diakui mahkamah tinggi,” kata A. Aida.
Terdahulu, Pesuruhjaya Kehakiman, Leong Wai Hong, mengarahkan Amelia atau nama penuhnya Amelia Thripura Henderson, 28, membayar ganti rugi RM10,000 kerana melanggar kontrak berkenaan.
Bayaran itu perlu dibuat dalam masa 14 hari dan faedah lima peratus setahun masing-masing bermula hari ini.

BERITA TRENDING: "Weh Geli Lah! Ingat Hensem Ke? Ingat Ada Orang Nak Kat Kau Ke? Puihh" - Kerana Komen Ini Kakak Naim Daniel Kena Kecam

"Pihak Amelia dan syarikat produksi perlu menanggung kos sendiri (dalam rayuan) memandangkan pelakon itu menang dalam rayuan kerana fitnah, namun kalah rayuan pelanggaran kontrak.
“Semua perintah Mahkamah Sesyen diketepikan termasuk RM3,920 (pemulangan bayaran pendahuluan drama) yang digantikan dengan RM10,000 sebagai ganti rugi nominal," katanya.
Amelia dan syarikat produksi itu masing-masing diwakili peguam, Mansheel Kaur serta Ashmadi Othman.
Pada 28 Julai 2022, A. Aida Production menyaman Amelia berhubung pelanggaran kontrak drama apabila pelakon itu menarik diri saat akhir daripada penggambaran drama Sekali Lagi Cinta Kembali.

BERITA TRENDING: Aedy Ashraf Lamar Amelia Henderson Depan Khalayak, Pasangan Tersebut Kini Bergelar Kekasih?

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live