Gagal Ke AJL38, Wani Kayrie Bakal Harumkan Nama Malaysia Di Vietnam! - "Sabar Itu Indah"
Amri Hassan
11/01/2024 09:28 MYT
11/01/2024 09:28 MYT
Biar tidak berjaya ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-38, bakat Wani Kayrie terus diiktiraf di negara luar.
"Tidak apalah, sabar itu indah. Mungkin kena cuba dan tunggu lagi…
Namun semangatnya sedikit pun tidak goyah malah lebih bersemangat dan tidak sabar-sabar untuk mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa tidak lama lagi.
"Perasaan teruja serta berkobar-kobar sangat menebal di jiwa saya selain merasa bertuah, kerana dipilih mewakili negara buat kedua kalinya untuk membawa nama Malaysia selain nama label naungan saya, Rocketfuel Entertainment.
"Saya sangat berbesar hati dengan pemilihan ini dan berjanji akan memberikan yang terbaik ketika berada di sana nanti.
"Saya juga sedang mempersiapkan diri dari segi latihan vokal secara bersendiri tanpa bantuan dari mana-mana pihak, ini termasuk koreografi yang turut dilakukan secara bersendirian juga, dari segi penataan gaya sahaja saya memerlukan khidmat pakar serta khidmat pereka fesyen untuk busana yang bakal disarungkan nanti," katanya.
Dikhabarkan Wani akan menyanyikan tiga buah lagu kesemuanya pada majlis itu nanti.
"Saya akan menyanyikan dua buah lagu sendiri iaitu ‘Kamu Kamu’ dan ‘Fajar’, manakala satu lagi lagu ‘Bang Bang’ nyanyian Ariana Grande dengan versi saya sendiri.
"Saya berharap agar mendapat sokongan seluruh rakyat Malaysia dan doakan semuanya dapat berjalan dengan lancar. Ini adalah momen saya untuk menunjukkan bakat saya pada semua, kalau boleh rakyat Malaysia membuka mata serta melihat sendiri kebolehan dan kemampuan Wani Kayrie bernyanyi di peringkat antarabangsa," tambahnya.
BERITA TRENDING: Dapat Anugerah Dekan Lagi, Wani Kayrie Jadi Inspirasi Netizen; “Beauty With Brain!”
Terbaharu, Wani akan terbang ke Vietnam bagi memenuhi undangan membuat persembahan di majlis penuh berprestij peringkat Asia iaitu ‘28TH ASIAN TELEVISION AWARDS’ pada 12 dan 13 Januari ini."Tidak apalah, sabar itu indah. Mungkin kena cuba dan tunggu lagi…