“Beauty with brain,” demikian pujian yang diberikan oleh netizen kepada penyanyi Wani Kayrie selepas berkongsi foto dirinya di Instagram bersama sijil anugerah dekan yang diperolehi baru-baru ini.

Difahamkan, sijil berkenaan sepatutnya diperoleh lebih awal iaitu pada Februari.

Bagaimanapun kata Wani, dia mengakui tahun akhir pengajiannya di peringkat Ijazah sangat mencabar, namun berjaya diharungi dengan baik di atas pertolongan rakan dan pensyarah.

“Anugerah Dekan bulan Februari tapi baru dapat, simpan sini buat kenangan dengan ahli kumpulan saya sebelum masing-masing buat latihan industri.

“Semester terakhir saya sangat mencabar dan saya sangat bersyukur kerana mempunyai rakan sekumpulan yang hebat yang banyak membantu saya sepanjang tahun akhir ijazah saya dan sudah tentu pensyarah saya yang memahami,” katanya.

A post shared by WANI KAYRIE (@wanikayrie)

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya memuji dan menyampaikan ucapan tahniah kepada pelantun lagu Jangan Terlepas Pandang itu.

Kata netizen, selain memiliki wajah yang cantik, Wani juga seorang mahasiswa yang bijak.

“Beautiful with brain dan mempunyai bakat yang hebat, tahniah Wani,” kata seorang wargamaya.

“Tahniah, sijil dekan layak untuk seorang yang bekerja keras macam awak,” komen seorang warganet.

“Beauty with brain! Tahniah Wani, hebatnya awak, bangga dan pembakar semangat saya,” ujar seorang netizen.

Untuk info, ini bukan anugerah dekan pertama bagi Wani apabila terdahulu Gempak melaporkan dia pernah beberapa kali memperoleh anugerah tersebut di pusat pengajiannya dan turut cemerlang dalam peperiksaan SPM pada tahun 2018.

BACA: “Gila 7 Subjek Dalam Satu Semester…” - Cemerlang! Wani Kayrie Raih Anugerah Dekan Dalam Peperiksaan.

BACA: “Ini Untuk Mama” - #SPM2017 Wani Kayrie Dapat 7A!