Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Gagal Ke Final, Noorshila Amin Tak Duduk Diam...Bakal Ada Lagu Baru!

Hanafis Haris
18/12/2019 10:47 MYT
Biarpun gagal melayakkan diri ke konsert final Gegar Vaganza 2019 (GV2019) penyanyi Noorshila Amin tidak berputus asa untuk kekal berada di dalam industri.
 
Noorshila sebaliknya sedang dalam perancangan untuk menghasilkan lagu baru hasil ciptaan anak-anaknya sendiri.
 
"Perancangan untuk hasilkan lagu baru tu memang sudah ada, tapi saya serahkan sepenuhnya kepada anak-anak saya.
 
"Macam anak bongsu saya dia ambil ambil bidang 'composing' jadi saya serahkan kepada dia," katanya.
 
Ditanya apakah genre yang bakal ditampilkan dalam lagu berkenaan, Noorshila tidak menolak untuk mencuba sesuatu yang berbeza,
 
"Mama ok je kalau lagu tu ada elemen world muzik ke, balada ke, kita ikut juga la perkembangan 'budak-budak baru nak up' (BBNU).
 
"Selain akan muncul dengan lagu baru, sambil-sambil tu saya jual la rempah yang dah lima tahun saya usahakan tu. Buatan sendiri, mak mertua saya punya resipi," katanya.
 
Pada minggu separuh akhir GV2019 Ahad lalu, Noorshila dan Wann terpaksa akur apabila tersingkir selepas menerima markah terendah.
 
Noorshilla membawa lagu Kerna Terpaksa dan Dialah Di Hati (duet bersama Ifa Raziah) manakala Wann menyanyikan lagu Ku Gembira Di Sampingmu dan Dua Insan (duet bersama Zarul Umbrella).
 
Hady Mirza pula berjaya menggungguli kedudukan tempat pertama dengan markah keseluruhan sebanyak 82 peratus menerusi lagu All My Life dan Takdir Tercipta (duet bersama Dia Fadilla).
 
BACA: "Perancangan Yang Hebat Tapi Perancangan Allah Lagi..." - Gagal Ke Final GV2019, Noorshila Amin Anggap Ia Sebagai...
 
Untuk rekod, GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
 
Jika anda terlepas menonton konsert minggu ketiga GV2019 atau ingin menonton secara 'live streaming'.
 
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.
 
GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.
 
GV2019 turut ditaja bersama oleh Adabi, Cuckoo, Powercat, Uphamol dan Digi selaku telco rasmi.
 
 
#Viral #Viral #GV2019 #Nooshilla