,
Viral

"Gagal SPM Tapi Girlfriend Terima Seadanya" - Kenyataan Instafamous Undang Kecaman Netizen, Dituduh Normalisasikan Kegagalan

Amri Hassan
14/10/2020
06:20 MYT
Personaliti media sosial, Hafiz Mahamad menerima kecaman netizen selepas memuat naik kenyataan berhubung keputusan Sijil Pelajaran Malaysia miliknya baru-baru ini.
Menerusi kenyataan terbabit, Hafiz menyifatkan dia diterima seadanya oleh isteri, Syafiqah Aina biarpun tidak cemerlang dalam peperiksaan tersebut.
"Siapa gagal SPM? Chill! Abang punya result lagi gagal tapi nasib baik girlfriend terima abang seadanya.
"Bila abang tanya kepada GV abang nak stay dengan budak gagal SPM ni, dia jawab budak kelas depan banyak nerd tapi belum tentu baik dan kaki game," tulisnya sekitar Mac lalu.
Status terbabit ditularkan kembali oleh netizen hingga mencetuskan perbalahan dan menganggap kenyataan terbabit seperti menormalisasikan bahawa SPM tidak penting.
Malah, ada yang menyifatkan teman hidup menerimanya bukan berlandaskan keputusan SPM tetapi rupa dan kedudukannya sekarang.
Justeru, Hafiz tampil menjelaskan maksud di sebalik posting terbabit bagi mengelakkan perselisihan pendapat.
"Terkejut pagi ni, posting tentang SPM saya disalah ertikan yang saya influence generasi muda SPM/pendidikan tu tak penting. Posting tu dah lama. It’s okay, bukan salah mereka. Saya yang kena terangkan.
"Saya memang teruk SPM, saya memang malas belajar. Teruk tu hasil dari diri sendiri. Ketika itu, saya tak rasa kecewa langsung sebab saya memang rasa diri ni tak pandai langsung.
"Selepas SPM, saya dapat tengok mama abah saya kecewa sangat. Ada juga, kawan kawan mama abah mula bandingkan anak mereka dengan saya. Dekat situ saya rasa “aku kena bangkit” untuk bagi mama abah happy balik," katanya.
Hafiz kemudiannya menyambung pengajian dalam diploma pengurusan akaun di Politeknik Muadzam Shah dan memperoleh keputusan cemerlang ketika itu.
"Dekat sini, saya nampak sesuatu. Allah jadikan kita bukan tak pandai dan sia sia. Kita semua ada kelebihan, cuma kena kerja sikit je untuk bangkit balik.
"Kalau saya rasa pendidikan tu tak penting, saya tak sambung belajar. Pada saya 'Duit & Sijil' adalah satu benda yang sama (kertas).
"Tapi duit tak bahagiakan mama abah saya, 1 sijil ni yang buat mereka bangga. Itu kenapa saya balas balik gagal tadi ke result yang baik.
"Saya posting tentang SPM setiap tahun, kenapa? Posting saya adalah untuk orang yang result teruk. Saya ada dalam situasi mereka dulu dan saya faham perasaan mereka. Atleast mereka rasa semangat sikit.
"Semoga pelajar dalam situasi sama dapat bangkit balik, saya buat sebab mama abah. Mama abah banyak habis duit untuk sekolahkan saya, saya kena beri balik sijil yang baik untuk mereka.
"Saya dah berikan sijil dan result yang baik tu. Sekarang tugas saya adalah untuk sentiasa buat mama abah, isteri dan anak bangga dengan saya," jelasnya panjang lebar.

Result SPM penting tak ? Terkejut pagi ni, posting tentang SPM saya disalah ertikan yg saya influence generasi muda SPM/pendidikan tu tak penting. Posting tu dah lama. It’s okay, bukan salah mereka. Saya yg kena terangkan ? Saya memang teruk SPM, saya memang malas belajar. Teruk tu hasil dari diri sendiri. That time, saya tak rasa kecewa langsung sebab saya memang rasa diri ni tak pandai langsung Selepas SPM, saya dpt tengok mama abah saya kecewa sangat. Ada juga, kawan kawan mama abah start compare anak mereka dgn saya. Dekat situ saya rasa “aku kena bangkit” untuk bagi mama abah happy balik Result SPM mcmtu, mana nk sambung belajar? Saya pergi amik sijil di Kolej Komuniti dalam bidang account, padahal saya background account pun takde time sekolah Rezeki saya, lulus pun ngam ngam (sijil) then boleh sambung diploma in acc di Politeknik Muadzam Shah. Business & belajar dalam 1 masa, langgar punya langgar & Alhamdulilah saya dekan Masa Konvo, abah mama happy sangat sangat. Nk menitik air mata saya bila tengok saya mampu jadi mcm anak orang lain yg hadiah kan mereka “sijil” Saya bg mama abah 2 benda, saya bina kerjaya & pendidikan dalam 1 masa. Lecturer saya tahu benda ni Dekat sini, saya nampak sesuatu. Allah jadikan kita bukan tak pandai & sia sia. Kita semua ada kelebihan, cuma kena kerja sikit je untuk bangkit balik Saya sambung belajar sebab apa walaupun gagal/teruk SPM? Kalau saya rasa pendidikan tu tak penting, saya tak sambung belajar. Pada saya “Duit & Sijil” adalah 1 benda yg sama (kertas). Tapi duit tak bahagiakan mama abah saya, 1 sijil ni yg buat mereka bangga. Itu kenapa saya balas balik gagal tadi ke result yg baik Saya posting ttg SPM setiap tahun, kenapa? Posting saya adalah untuk org yg result teruk. Saya ada dalam situasi mereka dulu & saya faham perasaan mereka. Atleast mereka rasa semangat sikit Semoga pelajar yg situasi yg sama dapat bangkit balik, saya buat sebab mama abah. Mama abah banyak habis duit untuk sekolahkan saya, saya kena beri balik sijil yg baik untuk mereka Saya dh berikan sijil & result yg baik tu. Sekarang tugas saya adalah untuk sentiasa buat mama abah, isteri & anak bangga dgn saya ?

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad) on

Instagram: @hafizmahamad
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Saya Sendiri Rasai Pengalaman" - Ella Puji Rawatan Hormon Skyhill Clinic, Tak Mustahil Diiktiraf Malaysia Book Of Records!

gempak
23/10/2024
18:30 MYT
Penyanyi Ella berkongsi pengalamannya menjaga dan melakukan rawatan hormon di Skyhill Clinic sejak beberapa tahun lalu.
Viral

Dibayar RM60, Dibelasah Jika Tolak Melacur! Imigresen Selamatkan 7 Wanita Dari 'Kapten' Bangladesh

gempak
23/10/2024
15:25 MYT
Imigresen menyelamatkan tujuh wanita warga Vietnam yang disyaki dipukul jika enggan melacur, dalam serbuan di sebuah premis kedai dua tingkat di Klang, Isnin lalu.
Viral

Influencer Buka Cerita Peluk Islam - "Bila Tengok Kawan Solat, Ambil Wuduk, Saya Lebih Tertarik"

gempak
23/10/2024
14:02 MYT
"Saya tak pernah menyangka akan memeluk Islam lebih-lebih lagi dalam usia muda tapi bersyukur kerana Allah SWT buka hati untuk terima hidayahNya."
Viral

Buat Hal! Pelancong China Lastik Haiwan Di Zoo, Netizen Panas Hati

gempak
23/10/2024
13:25 MYT
Seorang pelancong China menerima kecaman orang ramai kerana melastik seekor badak air popular dalam kejadian di sebuah zoo di Thailand, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.
Viral

"Saya Menjerit, Kemudian..." - Wanita Cerita Detik Cemas Selamatkan Anak Saudara Hampir Diculik!

gempak
23/10/2024
12:30 MYT
Tindakan pantas seorang wanita menarik anak saudaranya berjaya menyelamatkan kanak-kanak itu daripada diculik seorang lelaki warga asing di Kampung Bunga Raya, Rawang pada Selasa.
BorakSeeni