Viral
Gaji RM4,000 Tapi Pakai Honda Harga RM100,000, Pemuda Ini Akui Terbeban Hutang Bulanan
Seorang lelaki nampaknya belajar daripada kesilapan gara-gara membeli sebuah kereta jenis Honda Civic berharga RM100,000 hanya kerana mahu meraih perhatian daripada rakan-rakan.
Perhatian yang diharap bertukar menjadi ‘beban’ kerana gaji bulanan lelaki berusia 26 tahun itu hanyalah sekitar RM4,000 sahaja.
Honda
"Saya ingat dengan kita beli kereta Honda Civic ini, dapatlah kita tunjuk kepada rakan lain.
Advertisement
"Tapi sebaliknya berlaku. Baru saya sedar selepas saya beli kereta, ia menyebabkan saya tidak mampu untuk menanggung hutang bulanan lain," katanya.
Pekerja swasta yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu menjelaskan, selain ansuran kereta, gaji bulanannya tidak mampu untuk menampung komitmen bil-bil lain.
ARTIKEL BERKAITAN: "5 Sebab Duit KWSP Cepat Habis" - Pakar
ARTIKEL BERKAITAN: Tak Ada Job, Isteri Terkejut Randy Pangalila Dikejar Pemungut Hutang
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Malu Bila Tahu Suami Pinjam Duit Abang Untuk Halalkan Dirinya - “Kak Ipar Perli Suami Aku Hutang Kahwin Tak Bayar”
ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Ini Mesej 7 Individu Yang Berhutang Dengannya, Hanya 2 Beri Jawapan - “Dulu Berhutang Kita Terus Loan 100%, Time Bayar…”
ARTIKEL BERKAITAN: Abang Tesla Mahu Bantu Datuk Red Bina Perniagaan & Langsaikan Hutang - “Saya Terpanggil…”
"Gaji saya sekitar RM4,000 sahaja. Jadi, saya ingatkan dengan membeli kereta berharga lebih RM100,000 itu tak mengapa. Tapi disebabkan saya tinggal di Kuala Lumpur, gaji itu sebenarnya tak setimpal dengan kereta yang saya beli.
"Ini kerana kos-kos lain setiap sebulan yang saya perlu bayar seperti sewa rumah, bayaran tempat letak kenderaan, insurans diri, tol dan makan minum.
"Selain itu, saya juga kena bayar insurans kereta, cukai jalan dan servis kereta yang mahal. Duit gaji sebenarnya tak cukup," katanya lagi.
Lebih memburukkan keadaan, dia turut menggunakan kad kredit untuk menanggung bayaran hutang bulanan sedia ada.
"Ada kalanya saya tak mampu nak bayar hutang itu. Bila saya tak mampu bayar, saya guna kad kredit pula untuk tampung belanja bulanan.
"Saya rasa inilah keputusan salah menyebabkan saya terpaksa membuat penstrukturan semula hutang," katanya.
Sumber: Harian Metro
Must-Watch Video