Selepas kecoh foto disunting dengan wajah khinzir selepas melancarkan single pertama berjudul Hujan, kini wajah Iqbal sekali lagi disunting pula dengan tubuh lelaki berseluar dalam.

BACA: Wajah Disunting Dengan Muka Khinzir, Iqbal; "Saya Banyak Khilaf, Terima Dengan Hati Terbuka"

Nafi Iqbal, gambar yang telah disunting itu jelas sekali bukan dirinya dan tidak memiliki tubuh badan sasa seperti dalam foto berkenaan.

"Menggeletar tangan saya post gambar ini namun oleh kerana sudah mula tersebar, saya perlu tegaskan.

"Jelas sekali tubuh badan saya tidak begini. Namun ada yang percaya. Bertubi-tubi saya terima mesej pagi ini, ramai bertanyakan adakah saya ada akaun Facebook baharu?

"Tidak! Facebook saya satu-satunya adalah Ahmad Iqbal Zulkefli. Saya lihat ada lagi satu page palsu bernama IQbal Zulkefli mendapat komen beratus orang setiap post. Itu juga akaun palsu.

"Sebelum ini ada jadikan wajah saya seperti seekor babi namun kali ini saya fikir gurauan ini tidak sesuai," tegasnya.



Berkecil hati dengan kejadian yang berlaku bertimpa-timba, Iqbal seakan-akan memberikan bayangan untuk berpindah dan menetap di luar negara.

"Jika berlarutan begini, mungkin saya tidak sesuai menjalani kehidupan di Malaysia. Apapun, saya tetap memilih untuk bertenang dan terus bertabah," katanya.

Awal minggu ini, Iqbal memuat naik hantaran di Instagram Stories sedang membuat persiapan membeli kelengkapan diri untuk ke luar negara.

"Saya harus pulang ke Kuala Lumpur untuk urusan berhijrah ke luar negara. Kedatangan saya ke Sabah bukan untuk bercuti tetapi melawat orang sakit.

"Dalam senarai, saya akan berhijrah sama ada ke Singapura, Brunei, Indonesia atau Australia dalam beberapa ketika," maklumnya.



***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!