Laman Utama
Wajah Disunting Dengan Muka Khinzir, Iqbal; "Saya Banyak Khilaf, Terima Dengan Hati Terbuka"
Penyanyi baharu, Iqbal Zulkefli berlapang dada dengan kutukan netizen termasuk menyunting wajahnya dengan haiwan berupa khinzir.
Akui Iqbal, dia bukan insan sempurna dan serba kekurangan. Malah, pelantun lagu Hujan itu tidak menyimpan dendam terhadap individu yang mengutuknya.
"Saya memohon maaf atas segala perbuatan yang mengundang kemarahan semua di sini. Saya banyak khilaf; harus terima segala ini dengan hati yang terbuka.
"Sedikit pun saya tidak berdendam kerana saya tahu tidak kesemua perkara saya lakukan itu betul. Doakan saya dapat menjadi lebih baik. Saya betul-betul meminta maaf atas segala yang tidak menyenangkan," tulisnya di Instagram.
Dalam hantaran sama, Iqbal berkongsi semula paparan skrin foto-foto yang tular di media sosial menyamakannya dengan haiwan tersebut.
Selain khinzir, suntingan turut dibuat menggunakan wajah anjing.
"Tak payah edit banyak sebab muka dah macam b*bi hutan, suara macam karaoke ada hati nak buat lagu! Engko nak famous sangat kan, orang macam kau layak dilaknat sampai mampos!
"Elok tak payah duk Malaysia lah kau Iqbal b*bi! Kami rakyat Malaysia dah menyampah tengok muka kau," tulis pengguna berkenaan.
Terdahulu, lagu pertama nyanyian Iqbal berjudul Hujan mendapat pelbagai respon orang ramai termasuk ada yang menyamakan dengan melodi lagu popular Kdrama, Winter Sonata.
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
!Telegram Gempak***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran
Must-Watch Video