Viral

Gambar Isteri Dijadikan Modal Lanc*p, Ini Tindakan Hafiz Mahamad Kepada Si Pelaku

Gempak
27/02/2024
05:55 MYT
Usahawan dan pencipta kandungan Hafiz Mahamad mendedahkan yang isterinya, Syafiqa Aina pernah menjadi mangsa ‘gangguan seksual’ apabila gambar Aina digunakan sebagai alat pemuas nafsu oleh individu tidak dikenali di platform X.
Menerusi video yang dimuat naik Hafiz berkata, dia diberitahu mengenai hal itu ketika diri dan mentalnya berada dalam keadaan yang tidak stabil tidak berapa lama dahulu.
“Tiga bulan lepas saya ditahan di wad, mungkin saya dah penat, stress level juga meningkat. Disebabkan kesihatan tidak ok, saya hentikan semua perkara termasuk pergi ke pejabat dan juga menggunakan media sosial.
“Namun, dalam masa tiga bulan itu macam-macam berlaku. Staff saya beritahu ada orang buat perkara jijik pada isteri saya… which is mengeluarkan air mani dan melanc*p atas gambar isteri saya.
@hafizmahamad Awak semua sahabat baik saya, doakan saya & isteri selalu ❤️ ♬ original sound - Hafiz Mahamad
“Hanya saya sahaja tahu betapa marah dan dayusnya saya pada waktu itu. Sudahlah saya berada dalam keadaan tidak ok. Saya tanya awak, kalau awak berada di tempat saya, apa yang awak akan buat?” katanya.
Hafiz menambah, dia telah mendapatkan informasi mengenai individu berkenaan termasuk alamat rumah dan kad pengenalan si pelaku. Walaupun pelbagai perkara ingin dilakukan terhadap pelaku itu, namun, Hafiz membatalkan niatnya.
“Macam-macam saya fikir nak buat… seperti buat laporan polis atau mengambil tindakan undang-undang. Tetapi, bila lihat IC dia, dia masih muda. Kalau saya buat apa yang saya fikir ingin buat, mungkin masa depan dia hancur, malu keluarga dia.
“Alhamdulilah Allah gerakkan hati saya supaya bersabar dan beri peluang pada orang muda ini. Saya mahu tiga perkara daripada dia. Pertama, datang kepada saya, jumpa saya dan minta maaf kepada Aina, depan mata saya. Saya tidak rakam video atau muat naik sebarang hantaran.
“Kedua, saya nak awak telefon ibu awak depan saya, mohon maaf kepadanya. Tidak perlu cerita apa salah awak. Kerana ibu awak seorang perempuan. Jika dua perkara ini awak boleh buat, saya akan beri tiket umrah. Pergilah ke sana insya-Allah masa depan awak akan ok selepas itu,” katanya.
Sumber: TikTok Hafiz Mahamad

BERITA TRENDING: Syafiqah Aina Yakin Hafiz Mahamad Setia - “InsyaAllah Dia Tak Akan Buat Benda Itu”

BERITA TRENDING: Berhabis RM500K, Hafiz Mahamad Arahkan Filem Pendek Misi Ainaa! - "Bukan Nak Kaut Untung, Saya Buat Demi ..."

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

"Saya Pernah Berhenti Belajar Kerana Masalah Kewangan, Keluarga Sangat Susah" - Ezzah Nellysa

gempak
16/03/2024
04:31 MYT
AINAA Super Seven Awards telah menobatkan Ezzah Nellysa sebagai Usahawan AINAA Paling Popular sekali gus membawa pulang trofi kemenangan kategori utama.
Viral

Pertahankan Hafiz Mahamad, Erma Fatima Dikecam Netizen - “Aku Percaya Dia Tak Berniat Untuk Konten Kerana…”

gempak
07/03/2024
07:25 MYT
Alamak...
Viral

Dituduh Berhimpit Cium Hajarul Aswad Demi Konten, Hafiz Mahamad Mohon Maaf! - "Ia Dirakam Atas Dasar Kenangan"

gempak
05/03/2024
00:24 MYT
Penjelasan Hafiz Mahamad
Viral

"Haram Cium Hajar Aswad Jika Bahayakan Diri & Orang Lain" - Dr Zul

gempak
04/03/2024
02:55 MYT
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegur tindakan segelintir individu yang cenderung merakamkan content ketika mengerjakan umrah di Makkah.
Viral

Kongsi Video ‘Bergelut’ Bantu Kakitangan Cium Hajarul Aswad, Hafiz Mahamad Tuai Kritikan

gempak
03/03/2024
23:55 MYT
Usahawan dan pencipta kandungan, Hafiz Mahamad sekali lagi menuai perhatian gara-gara memuat naik sepotong video yang memperlihatkan dirinya ‘bergelut’ untuk mencium Hajarul Aswad