Pempengaruh media sosial dan pengasas produk kecantikan, Syafiqah Aina memberitahu dia sememangnya meletakkan kepercayaan kepada suaminya iaitu Hafiz Mahamad.

BERITA TRENDING: Takut Tercurang, Hafiz Mahamad Minta Isteri Sentiasa Check Handphone - "Pekerja, Usahawan Saya Pula Ramai…

Menurut Aina, dia berasa yakin suaminya yang juga pempengaruh media sosial itu tidak akan berlaku curang atau menduakan dirinya.

“Masa saya kenal dia, saya letakkan kepercayaan kepada dia tapi tetaplah berhati-hati… kita perempuan kan, mesti ada rasa insecure dan tak selamat kan.

“Tapi saya rasa, saya percaya yang dia InsyaAllah tak akan buat benda itu (curang). Kita sama-sama dalam perhubungan ini, sama-sama berusaha untuk tidak ke arah itu,” katanya kepada Gempak.

Terdahulu, Hafiz Mahamad berkata sentiasa mengingatkan isterinya iaitu Syafiqah Aina agar sentiasa memeriksa telefon bimbitnya supaya tiada timbulnya isu kecurangan.

Menurut Hafiz, biarpun dia tidak melakukan perbuatan tersebut namun dia mahu isterinya tidak terlalu meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadapnya.

Sebelum ini, netizen menasihati Hafiz agar tidak menduakan isterinya selepas kontroversi pempengaruh Aliff Teega mengakui sudah berkahwin dua.