Viral
Gambar Isteri Dijadikan Modal Lanc*p, Ini Tindakan Hafiz Mahamad Kepada Si Pelaku
Usahawan dan pencipta kandungan Hafiz Mahamad mendedahkan yang isterinya, Syafiqa Aina pernah menjadi mangsa ‘gangguan seksual’ apabila gambar Aina digunakan sebagai alat pemuas nafsu oleh individu tidak dikenali di platform X.
Menerusi video yang dimuat naik Hafiz berkata, dia diberitahu mengenai hal itu ketika diri dan mentalnya berada dalam keadaan yang tidak stabil tidak berapa lama dahulu.
“Tiga bulan lepas saya ditahan di wad, mungkin saya dah penat, stress level juga meningkat. Disebabkan kesihatan tidak ok, saya hentikan semua perkara termasuk pergi ke pejabat dan juga menggunakan media sosial.
“Namun, dalam masa tiga bulan itu macam-macam berlaku. Staff saya beritahu ada orang buat perkara jijik pada isteri saya… which is mengeluarkan air mani dan melanc*p atas gambar isteri saya.
“Hanya saya sahaja tahu betapa marah dan dayusnya saya pada waktu itu. Sudahlah saya berada dalam keadaan tidak ok. Saya tanya awak, kalau awak berada di tempat saya, apa yang awak akan buat?” katanya.@hafizmahamad Awak semua sahabat baik saya, doakan saya & isteri selalu ❤️ ♬ original sound - Hafiz Mahamad
Hafiz menambah, dia telah mendapatkan informasi mengenai individu berkenaan termasuk alamat rumah dan kad pengenalan si pelaku. Walaupun pelbagai perkara ingin dilakukan terhadap pelaku itu, namun, Hafiz membatalkan niatnya.
“Macam-macam saya fikir nak buat… seperti buat laporan polis atau mengambil tindakan undang-undang. Tetapi, bila lihat IC dia, dia masih muda. Kalau saya buat apa yang saya fikir ingin buat, mungkin masa depan dia hancur, malu keluarga dia.
“Alhamdulilah Allah gerakkan hati saya supaya bersabar dan beri peluang pada orang muda ini. Saya mahu tiga perkara daripada dia. Pertama, datang kepada saya, jumpa saya dan minta maaf kepada Aina, depan mata saya. Saya tidak rakam video atau muat naik sebarang hantaran.
“Kedua, saya nak awak telefon ibu awak depan saya, mohon maaf kepadanya. Tidak perlu cerita apa salah awak. Kerana ibu awak seorang perempuan. Jika dua perkara ini awak boleh buat, saya akan beri tiket umrah. Pergilah ke sana insya-Allah masa depan awak akan ok selepas itu,” katanya.
Must-Watch Video