Anugerah Emmy yang ke-71 menyaksikan kemenangan besar buat dua drama siri Game of Thrones dan Fleabag.
Musim terakhir siri Game of Thrones itu berjaya menang 10 anugerah termasuk Drama Bersiri Terbaik dan Anugerah Pelakon Pembantu Drama Siri Terbaik menerusi Peter Dinklage, lapor Astro Awani.
GoT juga membolot kemenangan dalam lapan kategori teknikal seperti Suntingan Terbaik bagi episod “The Long Night”, Adunan Suara terbaik dan Rekaan Kostum Terbaik.
Manakala kemenangan yang mengejutkan ramai, siri komedi Fleabag berjaya membolot anugerah Siri Drama Komedi Terbaik, Penulisan Siri Komedi Terbaik sementara pengarahnya Harry Bradbeer dinobatkan sebagai Pengarah Siri Komedi Terbaik.
Sementara itu, pelakonnya Phoebe Waller-Bridge, berjaya bawa pulang anugerah Pelakon Wanita Siri Komedi Terbaik mengalahkan Natasha Lyonne menerusi siri drama Russian Doll.
Anugerah Emmy ke-71 berlangsung di Microsoft Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat pada Ahad malam (waktu tempatan).
Senarai pemenang Anugerah Emmy 2019 :
Drama Bersiri Terbaik – Game of Thrones (HBO)
Drama Siri Komedi Terbaik – Fleabag (Amazon)
Pelakon Komedi Terbaik : Bill Hader - Barry
Pelakon Wanita Komedi Terbaik : Phoebe Waller - Bridge (Fleabag)
Pelakon Wanita Drama Siri Terbaik – Jodie Comer (Killing Eve)
Pelakon Lelaki Drama Siri Terbaik – Billy Porter (Pose)
Pengarahan Drama Siri Terbaik – Jason Bateman (Ozark)
Pelakon Pembantu Wanita Drama Siri Terbaik – Julia Garner (Ozark)
Pelakon Pembantu Lelaki Drama Siri Terbaik – Peter Dingklage (Game of Thrones)
Penulisan Drama Siri Terbaik – Jesse Armstrong (Succession)
Siri Bual Bicara Terbaik – Last Week Tonight with John Oliver
Drama Siri Episod Terhad Terbaik – Chernobyl
Pelakon Wanita Terbaik dalam Episod Terhad atau Filem TV – Michelle Williams (Fosse/Verdon)
Pelakon Lelaki Terbaik dalam Episod Terhad atau Filem TV – Jharrel Jerome (When They See Us)
Filem TV Terbaik – Black Mirror: Bandersnatch
Sumber: Astro Awani
Kamaruddin Razal
Mon Sep 23 2019
Isu Tempatkan Lelaki, Perempuan Satu Rumah, Isa Isarb Batalkan Program, Reda Rugi RM500,000 - “Salah Tetap Salah”
YouTuber terkenal, Isa Isarb tampil memberikan penjelasan berkenaan isu menempatkan beberapa orang lelaki dan perempuan dalam satu rumah selama 77 hari semata-mata untuk sebuah program.
Sheriff: Raih RM60.5 Juta! Netizen Setuju, Memang Layak Dominasi Pawagam
Filem aksi terhebat karya pengarah, Syafiq Yusof Sheriff kini sudah meraih kutipan RM60.5 juta.
Penjelasan Ning Baizura Terhadap Isu ‘Who’s That’ & All Eyes On Rafah Tuai Pelbagai Respons Netizen
Respons penyanyi Ning Baizura mengenai isu dilabel tidak sensitif dengan situasi yang sedang berlaku di Palestin mendapat perhatian ramai.
“Tiada Cadangan Tarik Report” - Naim Daniel
Penyanyi Naim Daniel menyerahkan segala urusan kepada pihak polis selepas individu yang mengugut bunuh ibu bapanya telah ditahan baru-baru ini.
Dua Individu Kantoi ‘Berasmaradana’ Atas Jalan Raya? Netizen: “Tak Panas Ke?”
Rakaman dua individu yang didakwa melakukan hubungan intim di atas jalan raya meraih pelbagai reaksi daripada wargamaya.
Abang Tesla Tanya, Kenal Marissa Atau Tidak? Ini Jawapan Umisya…
Demikian jawapan yang diberikan oleh Umisya Mazlan yang juga madu kepada anak selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Danial Hakim apabila disoal mengenai wanita tersebut.
Pesanan Akhir Arwah Suhaimi Saad Jadikan Ina Naim Kuat! - "Selama Ini Yang Menjaga Bukan Abang Tapi ..."
Balu kepada Allahyarham Suhaimi Saad, Ina Naim berkongsi kenangan dan kata-kata akhir arwah suaminya sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Konsert ‘Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia’ Bakal Beri Kenangan Istimewa Buat Peminat
Walaupun siri jelajah konsert ‘Jilid Akhir: Ella Puteri Kota’ sudah berakhir, ratu rock negara, Ella bakal mengadakan sebuah konsert yang lebih istimewa iaitu ‘Jilid Rockerstra Ella: Rockers Juga Manusia’.
AirAsia Perkenal Nursing Cover Untuk Juruterbang & Kru Kabin Baru Jadi Ibu
Sempena meraikan Hari Ibu, AirAsia mengumumkan penambahan kain penutup penyusuan kepada kit pakaian seragam juruterbang dan kru kabin yang baru bergelar ibu.
Eizlan Yusof Sedia Bimbing Influencer Sebelum Ceburi Industri Hiburan
Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof bersedia untuk memberikan bimbingan supaya pempengaruh media sosial yang mahu menceburkan diri dalam industri hiburan.