Pemain profesional Dota 2 Malaysia, Cheng Jin Xian mengharumkan nama Malaysia apabila berjaya merangkul hadiah wang tunai kira-kira RM1.2 juta di kejohanan The International 12 atau Tl12 baru-baru ini.

Tl12 menyaksikan pasukan dari Rusia, Team Spirit mengungguli kejohanan dengan membawa pulang wang tunai RM6.83 juta diikuti pasukan dari Eropah, Gaimin Gladiators yang memenangi RM1.82 juta.

Manakala, tempat ketiga dimiliki pasukan dari China, LGD Gaming dengan hadiah wang tunai RM1.2 juta.

Menariknya, salah seorang anggota kumpulan LGD Gaming merupakan pemain profesional Dota 2 Malaysia, Cheng Jin Xiang.

Untuk rekod, pemain Dota 2 berusia 23 tahun itu merupakan salah seorang atlet e-sukan Malaysia yang pernah memenangi tempat kedua dalam kejohanan Tl10 pada 2021.

Manakala, tahun lalu menerusi Tl11, Jin Xiang berada di kedudukan kelima bersama pasukan LGD Gaming yang berpangkalan China.

Walaupun pasukannya LGD Gaming memenangi hadiah RM1.2 juta, nilai sebenar yang menjadi milik Jin Xiang masih belum dapat disahkan.

Menurut Liquipedia, sebelum Tl12, pasukan Jin Xiang, NothingToSay berjaya mengumpul kira-kira RM8.59 juta dalam arena e-sukan.

Jin Xiang bukan satu-satunya wakil tunggal dari Malaysia yang berjaya memenangi sejumlah wang tunai dalam kejohanan Tl12.



Pasukan NothingToSay yang disertai Chan Chon Kien dari pasukan Hong Kong, Talon Esports menduduki tangga ke-9 hingga 12 dalam kejohanan Tl12. Chon Kien memenangi wang tunai bernilai RM303,370.

Sementara itu, organisasi Malaysia, Team SMG berada di kedudukan ke-17 hingga 20 yang turut membawa pulang wang tunai RM151,935.

Untuk rekod, pasukan Dota 2 negara yang terdiri daripada Chan Kok Hong, Cheng Jin Xiang, Thiay Jun Wen, Tue Soon Chuan, Yap Jian Wei dan Ng Wei Poong berjaya menyumbang gangsa dalam acara Dota 2 di Sukan Asia Hangzhou pada awal Oktober lalu.

BERITA TRENDING: Facebook Gaming Ada Hampir Sejuta Pengikut, Yana Samsudin Anggap Diri 'Pengawas' - "Saya Nak Didik...

BERITA TRENDING: Lenjan Berjam-Jam Main Game, Ini 6 Tips Terbaik Untuk Kurangkan Panas Pada Smartphone!

Sumber: Says.com, Liquipedia
Foto; Valve