Hiburan
Gamma 1 Teringin Berkolaborasi Dengan Ezad Lazim
Kumpulan muzik Indonesia, Gamma 1 menyimpan hasrat untuk berkolaborasi dengan penyanyi yang kini popular menerusi lagu Demi Cinta, Ezad Lazim.
Dianggotai oleh Herry selaku vokalis lelaki, Nilam (vokalis wanita), Along (gitaris) Pandi (bes) dan Andan (pemain keyboard), Gamma 1 berharap agar impian mereka menjadi reality.
“Kami memang meminati Ezad semenjak dia menjadi vokalis kumpulan Exist lagi. Sebelum ini, kami pernah berjumpa dengan Ezad.
“Jika berkesempatan, kami teringin untuk berkolaborasi dengan Ezad menerusi sebuah lagu. Namun begitu, masih belum ada perbincangan lanjut mengenai perkara itu. Kami berharap agar impian ini dapat dijadikan realiti,” kata Hery mewakili kumpulan Gamma 1.
Selepas sukses dengan lagu Hidup Segan Mati Tak Mahu, Gamma 1 kian dikenali menerusi single terbaru mereka, Jomblo Happy.
Mendapat hampir 6.5 juta tontonan di laman YouTube, kumpulan yang berasal dari Bangkabelitung ini bersyukur kerana lagu ini mengangkat nama mereka di Malaysia.
“Kami bersyukur kerana lagu ini membuatkan nama kami semakin dikenali. Jika sebelum ini kami dikenali dengan lagu ‘Hidup Segan Mati Tak Mahu’ yang berentak perlahan, lagu ‘Jomblo Happy’ menawarkan sesuatu yang berbeza kepada pendengar.
“Lagu ini merupakan lagu saduran yang pernah dibawakan oleh sebuah kumpulan Eropah, Boom yang berjudul ‘How Do You Do?’. Liriknya kami sesuaikan mengikut keserasian dan sambutan yang diterima sangat memberangsangkan,” katanya mengakhiri temubual.
Must-Watch Video