HIBURAN
Gandingan Menjadi, Peminat Mahu Ezzanie Jasny Bercinta Dengan Niezam Zaidi - “Kami Memang Serasi Masa…”
Pelakon Ezzanie Jazny meluahkan rasa syukur apabila ramai penonton menerima baik gandingannya dengan aktor Niezam Zaidi dalam drama ‘Dia Bukan Syurga’.
Keserasian di skrin
Menganggap Niezam seorang kawan yang baik dan mudah bekerjasama, Ezzanie bagaimanapun menganggap keserasian mereka hanya di skrin sahaja.
ARTIKEL BERKAITAN: #GempakVideoNews : Ezzanie Jasny Kena ‘Maki’ Sebab Bawa Watak Nuha
ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Kembali Bercinta Dengan Niezam Zaidi, Ini Respons Fify Azmi - “Kami Tak Bergaduh Pun, Takkan…”
“Saya rasa terharu sangat bila ramai suka tengok keserasian saya dengan Niezam. Kami memang serasi masa bekerja.
“Dia seorang kawan yang baik, sangat senang bekerjasama dengan dia. Tapi bagi saya, semua tu hanya keserasian di skrin saja.
“Saya rasa sebab itu kot yang buat lakonan tu jadi hidup dan orang nak kenen-kenenkan kami,” kata Ezzanie kepada Gempak.
Tak terfikir bercinta
Dalam pada itu, Ezzanie turut menjelaskan dia lebih selesa mengekalkan hubungan dengan pasangan gandingan sebagai kawan sahaja dan tidak terfikir untuk bercinta buat masa kini.
“Sejujurnya, saya tak rasa ke arah itu. Saya secara peribadi lebih selesa kekalkan hubungan sebagai kawan saja.
“Bukan dengan Niezam saja, tapi sesiapa pun yang pernah jadi pasangan gandingan saya dalam mana-mana drama. Saya memilih kekalkan hubungan sebagai kawan.
“Supaya selesa untuk projek-projek akan datang juga. Dunia industri ni kecil saja, jadi saya rasa penting untuk jaga persahabatan dan sempadan,” ujarnya.
“Pada ketika ini dalam hidup saya pun tak mencari mana-mana perhubungan. Kalau ada, ada la, kalau tak ada, tak ada la.
“Fokus saya sekarang lebih kepada diri sendiri, kerjaya, dan apa yang saya nak capai dalam kehidupan,” katanya.