HIBURAN
Didakwa Kembali Bercinta Dengan Niezam Zaidi, Ini Respons Fify Azmi - “Kami Tak Bergaduh Pun, Takkan…”
Status hubungan antara pelakon Fify Azmi dan Niezam Zaidi kembali menjadi tanda tanya selepas pasangan itu dilihat bermain sukan ‘pickleball’ bersama baru-baru ini.
Bukan kekasih
Enggan mengulas lebih lanjut mengenai video yang tular, Fify bagaimanapun memberitahu dia dan Niezam masih berkawan biarpun tidak lagi bersama sebagai kekasih.
Malah Fify atau nama sebenarnya Nur Afiqah Mohamed Azmi berkata dia dan pelakon drama siri ‘Dia Bukan Syurga’ tidak pernah bergaduh.
“Saya tak nak komen. Tapi kami tak bergaduh pun. Takkan kami tak ada apa-apa hubungan, tak boleh nak berkawan kan,” katanya kepada Gempak.
Sebelum ini tular video di platform TikTok memperlihatkan Niezam Zaidi dipercayai bermain sukan ‘pickleball’ bersama bekas kekasihnya yang juga aktres Fify Azmi.
ARTIKEL BERKAITAN: Tular Video Main ‘Pickleball’, Netizen Mula Buat Spekulasi Hubungan Niezam Zaidi & Fify Azmi - “Rasanya Mereka Dah…”
ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan Bersama Fify Azmi Sudah Berakhir, Ini Respon Niezam Zaidi
Menerusi perkongsian itu, Niezam bersama Fify bermain sukan itu bersama rakan-rakan mereka baru-baru ini.
Malah, ada juga mengaitkan dengan kenyataan Niezam yang enggan mengulas mengenai hubungan mereka menerusi temu bual eksklusif bersama Gempak baru-baru ini.
Status hubungan Niezam dan Fify mula menjadi perhatian selepas aktres itu mengakui mereka sudah tidak lagi mempunyai hubungan istimewa.
Ketika ditemu bual dengan Gempak, Niezam bagaimanapun memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai kenyataan Fify mahupun berkenaan hubungan mereka.
Fify dan Niezam sebelum ini dikhabarkan sedang hangat bercinta bahkan didakwa sudah merancang untuk mendirikan rumah tangga.
Must-Watch Video