Personaliti media sosial dan usahawan Tyra Kamaruzzaman, 22, tidak ingin ambil peduli dengan mesej yang diterima daripada individu anti vaksin.

Menurut Tyra atau nama sebenarnya Athirah Kamaruzzaman berkata dia sendiri sukarela mengambil vaksin, tidak ada paksaan daripada mana-mana pihak.

Malah katanya, ini salah satu cara yang dilakukan untuk melindungi ahli keluarganya memandangkan tinggal sebumbung.

"Kalau nak berhujah pasal vaksin ni dengan orang yang dah seratus peratus tak nak ambik ni, jujur ​​tak ada gunanya.

"Sekiranya anda tidak ingin mengambil vaksin, tidak ada yang memaksa anda atau tidak ada yang meletakkan pistol ke kepala anda untuk mengambilnya.

"Saya secara sukarela, saya mengambil vaksin sebagai langkah berjaga-jaga. Saya juga tinggal bersama ibu bapa dan keluarga saya.

"Saya tidak mahu menjadi pembawa penyakit kepada mereka. Ikhtiar adalah sesuatu yang diamalkan dalam Islam," tulisnya menerusi Instagram Stories.

Dalam pada itu, gadis yang pernah dikaitkan menjalinkan hubungan dengan anak tiri penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalid mengingatkan pada penerima vaksin untuk merujuk dengan doktor terlebih dahulu sebelum disuntik.

"Sama macam kita pakai pelitup muka untuk melindungi daripada Covid-19, sama macam kita pakai tali pinggang bila naik kereta walaupun orang boleh mati dalam kemalangan kereta.

"Yang paling penting runding dengan doktor sebelum dapatkan vaksin kalau betul ada masalah kesihatan atau bergantung dengan ubat-ubatan.

"Kalau mentaliti macam ni masih banyak, tak tau sampai tahun bila Malaysia boleh sampai Herd Immunity. Lambertt (lambat) lagi kot!" tulisya lagi.



Sebelum ini, ada pengguna yang tidak diketahui identitinya tergamak mendoakan agar Tyra meninggal dunia gara-gara mengambil vaksin.

"Harap awak mati la lepas ambik vaksin ni. Orang dah banyak kongsi benda-benda tak elok pasal vaksin masih nak ambik juga," tulis pengikut itu.

Untuk makluman, Tyra mengambil vaksin jenis AstraZeneca fasa pertama yang hanya terbuka kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kuala Lumpur dan Selangor.