Sempena bermulanya projek rintis gelembung pelancongan domestik Langkawi hari ini, seramai 1,520 penumpang berlepas menerusi lapan penerbangan ke negeri tersebut.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata kesemua penerbangan itu melibatkan empat penerbangan Malaysia Airlines (MAS), satu penerbangan Malindo Air dan tiga AirAsia.
"Saya mendapati ada penumpang telah membawa kit ujian kendiri untuk air liur dan ada pula yang membeli daripada kaunter jualan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA2)," katanya dalam hantaran menerusi laman Facebook rasmi beliau hari ini.
Wee yang meninjau proses ujian Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen pengesanan COVID-19 terhadap penumpang ke Langkawi di KLIA dan klia2 berkata setakat tinjauannya tadi, terdapat seorang penumpang disahkan positif COVID-19 selepas ujian pengesanan dijalankan dan telah menjalani proses susulan diperlukan.
"Beliau (penumpang) juga akur apabila tidak dibenarkan menaiki penerbangan demi keselamatan penumpang lain. Ahli keluarga penumpang yang disahkan positif melalui RTK Antigen juga tidak menaiki pesawat kerana mempunyai kontak rapat," katanya.
Wee yang diiringi Pengurus Besar Operasi Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) Shahrunnizam Abd Jamil berkata beliau berpuas hati melihat proses ujian RTK Antigen itu yang berjalan lancar sambil dibantu para pegawai daripada Kementerian Kesihatan (KKM).
Beliau berkata ujian pengesanan COVID-19 itu dilaksanakan semata-mata mahu menjamin keselamatan semua pihak dan dalam masa sama memastikan projek rintis gelembung pelancongan domestik Langkawi berjalan baik.
Selain itu, Wee berkata ketika berinteraksi dengan para penumpang termasuk pelancong asing dari Perancis dan Korea Selatan, didapati mereka gembira apabila sektor pelancongan domestik mula dibuka menerusi projek rintis berkenaan.
Beliau berkata mereka juga menyambut baik usaha kerajaan menambahbaik prosedur operasi standard (SOP) termasuk mengenakan syarat ujian pengesanan COVID-19 sebelum memulakan perjalanan demi kebaikan semua pihak.
Wee berkata suasana di lapangan terbang yang sudah lama sunyi kini kembali ceria dengan para kakitangan penerbangan mula mengukir senyuman apabila dibenarkan kembali berkhidmat.
Beliau turut mengingatkan semua pihak supaya sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan supaya usaha kerajaan untuk memulihkan negara khususnya sektor ekonomi dan pelancongan dapat berjalan dengan baik.
Sumber: Bernama
Syafiqah Jalal
Thu Sep 16 2021
Caprice Didakwa Terlibat Dalam Rancangan Buat Fake Account Sebar Aib Bella Astillah - “Ya Allah, Nak Tutup Macam Mana Lagi Cap?”
Pelakon Bella Astillah memberi respons terhadap Instagram Story yang diulang siar semula susulan perkongsian tangkap layar yang dikongsi oleh Sarah Yasmine semalam.
“Jangan Risau Dia Sayang Awak, Sebab Tu Lah Dia Tinggalkan Kami Anak Beranak - Bella Astillah
Pelakon Bella Astillah tampil memberikan respons mengenai perbualan tular antara suaminya Aliff Aziz dah NRF yang dipercayai adalah Ruhainies.
Berang Dituduh Hasut Jenama Lain, Bella Astillah ‘Sound’ Ruhainies - “Macam Mana Boleh Terfikir Idea Fitnah Sampai Tahap Ini!”
Bella kongsi semula IGs Sarah Yasmine.
Nama Dipetik Dalam Perbualan Whatsapp Viral, Jenama Suplemen Beri Respons
Jenama suplemen terkemuka, Kitsui memberi respons susulan nama dipetik menerusi perbualan Whatsapp yang didakwa berlaku antara bekas dutanya dengan seorang pelakon lelaki.
Sarah Yasmine Dakwa Ruhainies Hasut Aliff Robohkan Rumah Tangga? - “Lepas Ni Awak Free, Tak Ada Lagi Toxic”
Wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine atau lebih hangat dikaitkan sebagai ‘kekasih gelap’ penyanyi dan pelakon Aliff Aziz mendakwa aktres sensasi, Ruhainies sebagai dalang penghasut disebalik konflik rumah tangga Aliff dan Bella Astillah.
Pengalaman Baru Menonton Filem Dengan Gaya Hip & Trendy Menerusi ‘Silent Cinema’ Di Malaysia!
Penerbit filem Astro Shaw menjalinkan kerjasama bersama RexKL untuk memberi pengalaman baru menonton filem-filem terbaik terbitan Astro Shaw secara ‘Silent Cinema’.
Caprice Nasihat Aliff Aziz Serahkan Bukti 400 Foto, Video Kecurangan Bella Astillah Kepada Polis - "Ada Mangsa Lain Yang DM..."
Caprice dedah Aliff buat laporan polis berhubung kecurangan isterinya.
Guna Banyak Singkatan Perkataan Pelik, 'Kod' Mesej 'MUSM' Aliff Aziz Kepada Ruhainies Trending Di X
Penggunaan singkatan perkataan 'Miss You (u) So Much' (MUSM) menjadi topik hangat di aplikasi X, semalam. Singkatan itu didakwa digunakan penyanyi, Aliff Aziz sebagai membalas mesej 'LUM' atau 'Love You (u) More' yang dihantar pelakon, Ruhainies. Singkatan-singkatan tersebut adalah antara kandungan mesej yang dipaparkan pada tangkap layar WhatsAp
“Dekat Situ Nampak Dia Push Aliff” - Bella Astillah Kecewa, Terkejut Suami Sendiri Didakwa Rancang Mahu Jatuhkan Dirinya
Penyanyi dan pelakon Bella Astillah mengakui kecewa dan sedikit terkejut apabila melihat tangkap layar perbualan Whatsapp yang didedahkan oleh satu individu baru-baru ini.
Kasihan Ibu Aliff Aziz, Dihentam, Dibenci Netizen... Sarah Yasmine Ambil Tugas Cerita Hal Sebenar!
Banyak Sarah 'spill the tea' fasal Aliff Aziz.