Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Gara-Gara Gigi Berterabur, Wanita Ini Sedih Tunang Bandingkan Kecantikannya Dengan Bekas Kekasih

Gempak
15/04/2024 11:55 MYT
Ramai yang berpendapat bahawa cinta dapat mengatasi paras rupa. Namun, masih ada dalam kalangan individu yang mementingkan penampilan dan juga kecantikan paras rupa.

Gigi tidak teratur

Begitulah yang dialami oleh seorang wanita yang mengakui tunangnya berasa segan untuk memperkenalkan dirinya kepada orang ramai gara-gara keadaan giginya yang tidak teratur.

Menerusi platform perkongsian tanpa nama Curious Cat dan kemudian dikongsikan semula di platform X, wanita tersebut juga mendakwa tunangnya turut membandingkan penampilan dirinya dengan bekas kekasih terdahulu.

“Pel (pemilik akaun Curious Cat, last week tunang saya mengaku dia malu nak expose saya sebab gigi saya berterabur dan bekas kekasihnya lagi lawa.

“Saya tak tahu nak rasa apa selain sedih. Saya menangis sejak minggu lalu dan raya pun tiada mood, tak rasa cantik,” kongsinya.

Netizen bersimpati

Turut bersimpati dengan nasib wanita tersebut, ramai dalam kalangan netizen memberikan pendapat mengenai situasi berkenaan.

Menyemak komen yang diberikan, rata-rata memberikan cadangan supaya wanita itu ‘keluar’ daripada ikatan pertunangan tersebut.

“Tolong beredar. Kalau kahwin, matanya akan sentiasa memandang ke arah wanita lain. Dia akan buat kamu rasa seperti wanita terhodoh dalam dunia.

“Rasa tak disayangi, tidak dipuja… keyakinan kamu akan jatuh, potensi untuk alami tekanan,” antara komen yang diterima.



Sumber foto: Depositphoto
Sumber: Platform X

ARTIKEL BERKAITAN: Letak Wajah Sendiri di Sampul Raya, Netizen Tegur Kiedacrepe - “Jangan Letak Muka, Kita Tak Tahu Niat Orang”

ARTIKEL BERKAITAN: Tiba-Tiba Tak Sedarkan Diri, Pemuda 23 Tahun Temui Ajal Selepas Cabut Dua Batang Gigi

#Bandingkan dengan bekas kekasih #Gigi berterabur #Tunang malu mengaku
;