Berita
Gara-Gara Mahu Tunjuk Suami ‘Sweet’, Sharifah Sakinah Dipersoal Pakai Kasut Dalam Rumah
Gara-gara mahu menunjukkan kesabaran dan kasih sayang suaminya di dalam rakaman video CCTV, Sharifah Sakinah dipersoal netizen kerana memakai kasut di dalam rumah.
Sakinah pada mulanya hanya mahu mendedikasikan video tersebut buat suaminya, Alif Adha Jamil sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima di akaun Instagram miliknya.
Namun, video yang menunjukkan suaminya membantu Sakinah menanggalkan kasut dia atas sofa menjadi perhatian netizen.
“Dah lima tahun bahagia bersama. Saya bersyukur kerana suami seorang yang selalu bersama saya walaupun semua orang berkata-kata perkara yang tak dijangka tentang saya.
“Video ini contoh kebiasaan kami. Dia sentiasa membantu dan menyokong saya untuk melakukan perkara yang mudah seperti buka kasut.
“Macam biasa dia sangat bersabar dan melayan diri saya,” katanya.
Sakinah berkongsi kapsyen tersebut di entri yang sama dalam video tersebut.
Bagaimanapun, Sakinah tampil menjawab persoalan itu dengan entri terbaharunya.
“Tadi ada orang komen kenapa pakai kasut dalam rumah. Sebab inilah,” tulisnya.
Entri tersebut menunjukkan dia duduk di atas kabinet televisyen bersama kasutnya.
Namun dari foto yang dikongsikan itu, ramai pengikutnya tidak memahami apa yang mahu disampaikan oleh Sakinah.
“Kenapa?
“Sebab apa tu kita tak faham," komen antara pengikutnya.
Sakinah dan suaminya, Aliff Adha yang bertugas sebagai seorang juruterbang telah mendirikan rumah tangga pada Mac 2015.
Pasangan itu telah dikurniakan seorang cahaya mata, Anais Adha pada Mei 2017.