Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Gara-Gara Makan Berlebihan, Kucing 'Oyen' Cecah Berat Lebih 17 Kilogram

Gempak
08/09/2024 11:55 MYT
Seekor kucing jantan gergasi yang memiliki berat menyamai kanak-kanak ditemui tinggal di ruang bawah tanah sambil makan biskut dan minum sup.

Cecah Berat Lebih 17 Kilogram

Anggota-anggota penyelamat menemui kucing seberat hampir 17.23 kilogram itu tinggal di ruang bawah tanah sebuah hospital di Perm, Russia

Kucing diberi nama Kroshik itu mempunyai berat badan luar biasa itu selepas diberi makan oleh kakitangan hospital tersebut.

Sebuah pusat perlindungan haiwan kini berusaha untuk mengurangkan berat badan Kroshik kepada sekitar 4.53 kilogram dan antara kaedah yang digunakan adalah senaman.

BERITA TRENDING: Tiz Zaqyah Bengang Ada Individu Backup Abang Bas, Kongsi Pengalaman Rakan Sendiri Kena Gangguan Seksual

BERITA TRENDING: Beri Pandangan Tentang Isu Abang Bas, Uyaina Arshad Dilabel Penunggang Oleh Netizen

BERITA TRENDING: Bakar Tangan, Diliwat & Paksa Meliwat, Penghuni Didera Penjaga Rumah Kebajikan

BERITA TRENDING: Netizen Tampil ‘Back Up’ Abang Bas, Anggap Konten Dengan Pelajar Perempuan Hanya Gurauan - “Niat Dia Baik, Yang Fitnah Nanti Merangkaklah Cari…”

Kroshik dipercayai telah ditinggalkan oleh pemiliknya sebelum menetap di ruang bawah tanah hospital itu.

Seorang anggota penyelamat berkata perkara ith merupakan satu kes yang sangat jarang berlaku.

“Kisah Kroshik adalah kes yang sangat jarang berlaku apabila seseorang sangat menyayangi kucing sehingga mereka sentiasa memberinya makan," katanya.

Sumber: Kosmo!

#Viral #Berita #Kucing #Gemuk #Dunia #Obesiti #Berat #Oyen