Laman Utama

Gara-Gara Mengurut Nak Kuruskan Badan, Buah Pinggang Wanita Pecah

gempak
Gempak
01/12/2022
15:55 MYT
Sponsor Banner
Gara-Gara Mengurut Nak Kuruskan Badan, Buah Pinggang Wanita Pecah
Pelik tapi benar. Gara-gara menjalani sesi urutan untuk menurunkan berat badan, seorang wanita di China kehilangan separuh buah pinggangnya menerusi pembedahan kecemasan yang terpaksa dilakukan ke atasnya, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.
Dilaporkan, Miao (nama samaran), 41, ingin menurunkan berat badan dengan bantuan urutan. Dia mengunjungi sebuah salon di Hangzhou, wilayah Zhejiang.
Semasa diurut, wanita itu hampir tidak dapat menahan rasa sakit pada bahagian perut tetapi tukang urut memberitahu bahawa ia berpunca daripada lemak dalam badan.
Perut Miao semakin sakit setelah dia pulang ke rumah. Beberapa jam selepas itu, dia mula mengalami muntah dan cirit-birit. Semasa dibawa ke hospital oleh keluarganya, Miao sudah berada dalam keadaan separuh koma.
Doktor kemudian melakukan ujian imbasan tomografi berkomputer (CT) dan mendapati bahawa angiomiolipoma di buah pinggang kiri wanita itu pecah.
Angiomiolipoma buah pinggang adalah tumor jinak yang berada dalam buah pinggang. Ia biasanya tidak mempunyai sebarang gejala dan tidak mendatangkan sebarang bahaya.
Prosedur biasa selepas penemuan tumor itu adalah melakukan pengawasan aktif untuk memastikan ia tidak tumbuh atau mula berdarah.
Berdasarkan pemeriksaan, doktor menjelaskan bahawa tumor itu tidak akan mengganggu Miao namun, ia telah pecah akibat urutan menurunkan berat badan tersebut.
Doktor menjalankan pembedahan membuang tumor berdarah itu dan separuh daripada buah pinggang kiri Miao, menyebabkan ia tidak mampu berfungsi secara normal.
Maio masih dalam pemerhatian di unit rawatan rapi di sebuah hospital di Hangzhou.
Sumber: Kosmo/Agensi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024