gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Usia Anak Pertama Belum Cukup Setahun, Da’i Syed Umum Isteri Kini Hamil Cahaya Mata Kedua - “Doakan Keluarga Kecil Kami”
HIBURAN
Norlia Ghani Akhirnya Buka Mulut Kes Cerai Rusdi Ramli-Sharon Paul - "Mereka Sudah Bercerai Sejak ..."
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Tema ‘Throwback’ Jadi Cabaran, Bintang Mana Pula Yang Akan Gugur Malam Ini?
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Gara-Gara Minta Jihaa Sham Nyanyi Lagu ‘Ulek Mayang’, Safwan Nazri Duduk Masjid Sebelum Balik Rumah - “Bulu Roma Naik, Takut Gila”

Asyikin Mayudin
Asyikin Mayudin
30/11/2024
01:55 MYT
Sponsor Banner
Gara-Gara Minta Jihaa Sham Nyanyi Lagu ‘Ulek Mayang’, Safwan Nazri Duduk Masjid Sebelum Balik Rumah - “Bulu Roma Naik, Takut Gila”
Pempengaruh Safwan Nazri berkongsi momen menyeramkan yang terjadi ketika dia menjemput aktres Jihaa Sham ke podcast ‘Sembang Seram’ baru-baru ini.

Duduk masjid

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Safwan berkata sebaik sahaja habis merakam podcast tersebut, dia terus ke masjid kerana berasa tidak sedap hati untuk pulang terus ke rumah.
“Selepas pada aku shoot dengan Jiha tu, aku tak pernah lagi buat podcast habis dari pada itu, aku terus duduk masjid. Aku balik terus pergi masjid dekat TTDI, aku duduk nak dekat dua jam dekat masjid tu.

“Aku terus maghrib, isyak kat situ. Sebab aku takut nak balik… aku ada anak kecil. Sebabkan vibe yang dia buat itu sangat-sangatlah aku tak tahu kenapa.

“Aku rasa gila wey, aku tak pernah buat Sembang Seram, aku rasa macam ‘wey ini gila wey’. Cerita yang dia cerita itu aku tak boleh nak (jelaskan). Meremang bulu roma.

ARTIKEL BERKAITAN: Terpaksa Berjalan Tepi Makhluk Berselubung Kain Batik Waktu Senja, Nadhir Nasar Kongsi Kisah-Kisah Seram Di Universiti

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO]: “Cukup Sifat, Sempurna Tapi Allah Sayangkan Dia” – Safwan Reda Isteri Gugur, Ucap Terima Kasih Kerana Kuat Hadapi Dugaan

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan Mudah Gelarkan Kami 'Geng Kunyit' - Safwan Nazri

“Tapi bila dia cerita itu, aku tak tahu aku rasa macam rasa lain sangat. Bila nak balik itu rasa lain gila. Alhamdulillah, aku tak kena kacau apa-apa,” katanya.

Lagu Ulek Mayang

Menurut Safwan, Jihaa mula berkelakuan pelik dan bercerita tanpa henti selepas dia meminta aktres itu menyanyikan lagu ‘Ulek Mayang’.

“Masa aku buat podcast dengan Jihaa tu, yang dia cerita fasal Ulek Mayang, yang aku mulut celupar suruh dia menyanyi lagu itu.

“Waktu dia menyanyi lagu itu, dah habis podcast ini, kita orang tengah lepak dekat meja… bayangkan nak dekat setengah jam dia duk cerita dekat videographer, Azim dengan Acap, duk cerita tak habis fasal Ulik Mayang.
“Kami berempat je waktu itu. Dia bercerita tak berhenti. Aku dah mula rasa rimas, sebab dia lama sangat bercerita. Dia macam terlebih sangat pula. Jadi aku cakap kat dia ‘Jihaa boleh berhenti tak, nanti kita sambung’.
“Dia tengok aku (sambil tersenyum). Aku rasa dalam 20 saat dia tengok aku macam itu. Aku tak pernah jadi macam kat hidup aku. Bulu roma aku semua naik, takut gila,” ujarnya.
Menerusi podcast tersebut, Jihaa berkongsi insiden di mana dia pernah dirasuk ketika menghadiri majlis perkahwinan rakannya disebabkan lagu ‘Ulek Mayang’.
@sembangseram Ni saja aku nak share apa yg terjadi lepas ja habis podcast aku tuu memang gilaaa wehh !! #Sembangseram #Ceritaseram #CeritaHantu #Kisahhantu #Safwannazri #safwannazripod #Safwannazripodcast ♬ original sound - sembangseram
Topic Berkaitan
#Safwan Nazri
#Podcast
#Ulek Mayang
#Jihaa Sham
#Sembang Seram
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement