Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Gara-Gara Tag Haris Dekat Bahagian Perut, Netizen Tanya Neelofa Hamil Ka?

Zulaikha Yusof
18/05/2021 03:25 MYT
Semalam selebriti Neelofa, 32, mencetuskan kontroversi lagi apabila dia dan keluarga didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri pada 13 Mei lalu.

BACA: Viral Lagi! Netizen Upload Semula Video Neelofa Sambut Hari Raya Bersama Keluarga?

Terbaru, Neelofa menjadi perhatian netizen sekali lagi selepas dia bertindak tag nama suaminya, Pencetus Ummah (PU) Riz atau Haris Ismail, 26, di bahagian perut menerusi satu foto bersama.

Foto Neelofa dan Haris menggayakan busana berwarna biru ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri itu dikongsi di Instagram (IG) pada Khamis.

Di ruangan komen, ada segelintir pengikut yang perasan lalu berteka-teki dengan tindakan usahawan terkenal itu.

"@syxbunga_: Lain macam tag kat perut.

"@alyadhamirah: Tag suami kat perut huhu.

"@kn5653sj: Mengandung? Tempat dia (Neelofa) tag suaminya memberi petunjuk.

"@sofeazainsalman: Mungkin akan bertiga? Amin..

Malah, ada segelintir peminat yang langsung memberi ucapan tahniah dan mendoakan agar urusan keluarga ini dipermudahkan.

"Wah dah mengandung ke? Tahniah," tulis salah seorang peminat.

Terdahulu, Neelofa dan Haris selamat menjadi pasangan suami isteri pada 27 Mac lalu di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Bagaimanapun, pasangan tersebut telah dikenakan kompaun RM20,000 dan RM10,000 kerana melanggar SOP dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) membabitkan majlis pernikahan dan larangan rentas negeri.
#Neelofa #Haris #PU Riz #Perut #Hari Raya Aidilfitri
;