Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam, akan membincangkan mengenai garis panduan pengambilan vaksin bagi umat Islam, ketika bulan Ramadan nanti.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, panduan itu akan diumumkan setelah perbincangan mendalam dilakukan bersama semua pihak, dalam mesyuarat yang akan diadakan pada Selasa atau Rabu depan.
“(Dalam mesyuarat) Kita akan sentuh beberapa isu mengenai pengambilan vaksin semasa siang hari pada Ramadan bagi mereka yang berpuasa dan mereka yang ingin ke pergi Mekah untuk menunaikan Haji... ia akan dibahas dan diputuskan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata pengambilan suntikan vaksin bagi melindungi manusia daripada dijangkiti penyakit berbahaya adalah harus, kerana ia merupakan keperluan ketika ini.
“Kita akan lihat dan teliti satu persatu,” katanya.
Dalam pada itu, Zulkifli menyatakan kesediaannya menjadi antara yang terawal menerima suntikan vaksin COVID-19 selepas bekalannya sampai di negara ini nanti, dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjadi individu pertama bakal disuntik vaksin Pfizer.
“Saya sejujurnya ikut pada keputusan dibuat pihak berkuasa, ikut pada keadaan, kalau saya juga diminta selepas beberapa orang menteri Kabinet, InsyaAllah, saya bersedia,” katanya.
Pada 4 Feb lalu, Muhyiddin berkata kerajaan akan memulakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan mulai hujung bulan ini, dengan kerajaan menyasarkan 80 peratus populasi negara ini atau 26.5 juta individu, menerima vaksin yang akan diberikan secara percuma dalam tiga fasa.
Fasa pertama dari Februari hingga April adalah untuk 500,000 petugas barisan hadapan, fasa kedua dari April hingga Ogos kepada kumpulan berisiko tinggi termasuk warga emas berusia 60 tahun ke atas, serta fasa ketiga pula bagi golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas dari Mei ini hingga Februari tahun depan.
Sumber: Bernama
Syafiqah Jalal
Fri Feb 12 2021


KL Dijangka Sesak, Ini Senarai Jalan Yang Bakal Ditutup Hujung Minggu Ini
Rancang perjalanan anda

Putri Ariani Tewas Dengan Duo Anjing Di AGT, Simon Cowell: “Pada Akhirnya Ini Pertandingan”
Peringkat akhir America Got Talent (AGT) musim ke-18 melabuhkan tirai dengan pengumuman pemenang yang tidak berpihak kepada peserta paling mencuri perhatian dunia, Putri Ariani.

Sepatutnya Ayda Jebat Sambut Kelahiran Anak Ke-2 Pada Ulang Tahun Perkahwinan Ke-3, Tetapi…
Ini sebabnya

“Tak Lama Lagi Giliran Kita” - Azira Shafinaz Beri Bayangan Bakal Kahwin?
Macam tak lama lagi je...

Suami Eina Azman Hadiahkan 4 Biji Telefon Bimbit - “Tak Tahu Kenapa Dia Beli Banyak Sangat”
Wah banyaknya!

Perut Buncit Dianggap ‘Baby Bump’, Sweet Qismina ; “Saya Takkan Terasa Sebab…”
Semoga Sweet dikurniakan zuriat.

GMW Giveaway: Tiket Tapau Fest

GMW Giveaway: Tiket Konsert Butterfingers Malayneum 23

Jijik! Pengkaji Haiwan Lakukan S*ks Dengan 42 Anjing, 39 Mati Terseksa
Adam Britton mengaku bersalah di atas 60 pertuduhan

Khairul Aming Dedah Tidak Memiliki Rumah, Hanya Ada Satu Pinjaman Bank
Ramai terinspirasi