Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Gaun Cate Blanchett Di Festival Filem Cannes Tarik Perhatian

Asyikin Mayudin
21/05/2024 07:25 MYT

 

Bukan semua selebriti terkenal menjadi sasaran gerakan Blockout 2024 di negara luar. 

Ada sebilangan yang tidak gentar menyebarkan mesej keamanan buat rakyat Palestin dan pembebasan negara mereka daripada cengkaman rejim Zionis. 


Salah seorang daripadanya ialah pelakon terkenal dari Australia, Cate Blanchett.


Malah kemunculan Cate di karpet merah Festival Filem Cannes yang sedang rancak berlangsung di Perancis sempena tayangan perdana filem baharu lakonannya, The Apprentice mendapat perhatian ramai. 

Mengetahui impak kemunculannya di karpet merah berkenaan, Cate mengambil peluang untuk menyarungkan busana satin rekaan Jean Paul Gaultier Couture dengan aksesori Louis Vuitton pada bahagian bahunya.

Tanda Solidariti Kepada Palestin


Menariknya, Cate secara ‘halus’ menyampaikan tanda solidaritinya kepada rakyat di Palestin menerusi pemilihan warna gaun terdiri daripada hitam pada bahagian hadapan dan hijau pada sebelah dalam gaun yang dapat dilihat setiap kali ia diselak.

Dari beberapa sudut, jelas Cate mewakili warna-warna bendera Palestin apabila bergambar di atas karpet merah yang terbentang.

Tambahan pula, Cate adalah Duta Muhibah untuk Agensi Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian.

BERITA TRENDING: Tunjuk Solidariti Buat Palestin Di Majlis Graduasi Di NYU, Netizen Bangga Dengan Anak PMX

#Palestin #Cate Blanchett #Festival Filem Cannes #Cate Palestin #Gaun Cate Blanchett