Sepotong video anak bongsu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Hana yang memakai keffiyeh ketika majlis graduasinya di New York University (NYU), Amerika Syarikat berjaya mendapat perhatian ramai.
Menerusi hantaran video yang dikongsi di Platform X Perdana Menteri, dapat dilihat Nurul Hana memakai keffiyeh bersama ‘topi mortarboard’ ketika menaiki pentas graduasi sambil memegang kain rentang yang bertulis ‘Free Palestine.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen menzahirkan rasa bangga dengan tindakan yang dilakukan Nurul Hana.
“Terbaik. Bak kata pepatah Bapa Borek Anak Rintik ikut kebijaksanaan bapanya.
“Wah, congrats DS dan sekeluarga. Steady ambil scroll sambil bersolidariti.
“Bangga dengannya, anda membesarkan seorang warganegara yang bertanggungjawab dalam dirinya Tuan PM Anwar,” komen beberapa netizen.