UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Hiburan

Gaya Rambut Eshaal Dibenci Netizen, Shukri Yahaya Ubah Untuk Kelainan - “Saya Dah Terlalu Banyak…”

Ainun 07/02/2025 | 23:55 MYT

Pelakon, Shukri Yahaya mengakui dia juga turut membenci watak Eshaal yang dilakonkannya dalam drama sensasi Curang Tanpa Niat.

Menurut Shukri, atau nama sebenarnya Mohd Shukri Yahaya, 37, dia menerima tawaran tersebut kerana pihak produksi telah meletakkan kepercayaan penuh kepadanya dan ingin mencabar kemampuannya sebagai pelakon.
“Saya sendiri yang melakonkan pun benci dengan watak tersebut. Saya terima naskhah ini kerana mereka memberikan kepercayaan kepada saya. Ketika mereka menulis skrip, mereka sudah membayangkan saya sebagai watak itu dan mahu mencabar tahap lakonan saya.

"Mereka juga kata karakter ini lebih sukar daripada drama Layang-layang Perkahwinan. Jadi, saya bersetuju untuk mencuba," katanya kepada Gempak.

Shukri berkongsi perkara tersebut ketika menghadiri sidang media Pertunjukan Fesyen Bulan Bintang: Sedekad Menyinar yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre baru-baru ini.

Untuk memberi kelainan kepada watak Eshaal, aktor itu memutuskan untuk mengubah penampilannya agar lebih dibenci oleh penonton.

"Saya mahu buat sesuatu yang berbeza. Jadi, saya fikir kalau nak buat orang benci dengan watak ini, biar mereka serang watak itu dari segi fizikal dahulu.

"Sebenarnya, ramai orang marah dengan rambut saya dalam drama ini. Kak Eyra Rahman ada minta saya buat rambut lebih kemas, tapi saya beritahu dia yang saya dah terlalu banyak bawa watak dengan gaya rambut begitu. Jadi, saya cadangkan untuk cuba sesuatu yang berbeza," jelasnya.

Bagi menjayakan idea itu, Shukri mengambil inisiatif untuk mengerintingkan rambutnya sendiri setiap hari di set penggambaran menggunakan pengeriting rambut dan memastikan rambutnya kekal keras serta tidak berubah sepanjang penggambaran berlangsung.

BERITA BERKAITAN: "Ada Pihak Cuba Mencaras Saya, Tapi Tetap Setia Dengan ..." - Shukri Yahaya

BERITA BERKAITAN: Shukri Yahaya Kongsi Maksud Nama Eshaal, Minta Penonton Jangan Marah Lama-Lama

BERITA BERKAITAN: ‘Geng Suri Rumah’ Tak Senang Duduk Tengok Eshaal, Beri Sokongan Pada Elina - “Don’t Play-Play With Us”

BERITA BERKAITAN: “Kami Berdua Semakin Banyak Mengaji” - Isteri Berniqab, Shukri Yahaya Akui Aura Rumah Tangga Makin Harmoni & Positif

Keputusan tersebut nyata berjaya, apabila watak Eshaal menerima kecaman hebat daripada penonton yang benar-benar terbawa dengan karakter yang dilakonkannya.
Curang Tanpa Niat’ boleh disaksikan di Astro Ria (saluran 104) pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Strim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, Astro GO dan sooka.
Pakej Astro One kini tersedia dari RM49.99. Tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan menambah Astro Fibre 500Mbps bersama Pakej Entertainment hanya dengan RM139.99/bulan.
Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03 9543 3838.

#Shukri Yahaya #Netizen #Eshaal #Watak #Benci #Penampilan #Ubah
;