Skip to main content

Berita Tempatan

Gaya Tudung Nurul Izzah Menjadi Pilihan Aidilfitri Ini

nurul-izah.jpg
Gaya tudung ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menjadi topic hangat di media sosial baru-baru ini.

Tidak dinafikan bahawa menjadi seorang berpengaruh pasti tidak lari dari tumpuan masyarakat sama ada dari segi percakapan, idea mahupun penampilan.

Nurul Izzah yang kerap dilihat tampil mengenakan tudung bawal dengan gaya tersendiri iaitu menyisipkan pin di kerudung bahagian pipinya telah menjadi perhatian ramai dan dijangka bakal menjadi trend paling popular lebaran ini.

Berikut adalah antara cakap-cakap netizen yang sempat kami kumpulkan mengenai gaya tudung Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat itu.
 

Terdahulu, Izzah pernah berkongsi tutorial tudung bersama-sama adiknya Nurul Ilham melalui akaun YouTube.


Rata-rata netizen memberikan respon positif mengenai video berdurasi 4:07 minit itu yang mendapat lebih daripada 120,000 tontonan.

Sumber: Astro Awani

Advertisement

Must-Watch Video