Parti hari jadi bertemakan kostum adiwira itu menyaksikan Rebecca menyarung persalinan sut Black Widow dan dipadankan dengan suaminya, Datuk Nur Azam Sulaiman yang berpakaian Thor.
Rebecca yang menggayakan rambut palsu berwarna merah itu terlebih dahulu memakai inner hitam pada bahagian dalam.
Pada acara sama, Rebecca dan beberapa tetamu wanita lain turut bermain game mencari suami yang sedang tular di beberapa negara Asia ketika ini.
Menerusi sepotong video yang dikongsikan pelakon tersebut, Rebecca dilihat cuba meneka gerangan suaminya dengan menyentuh wajah beberapa lelaki yang berada di hadapannya sambil dia menutup mata.
Bagaimanapun, ruangan komen video dan fotonya yang menggayakan rambut palsu merah itu telah ditutup.
Instagram: @rebeccanuralislamahmad
