Gayakan ‘Subang Hidung’, Remy Ishak Tak Kisah Dikecam Netizen - “Dulu Tak Boleh Buat Sebab Belum Kahwin, Tiada Anak..”
21/08/2024 03:30 MYT
Penampilan pelakon, Remy Ishak yang memakai subang hidung atau ‘septum ring’ ketika menghadiri sidang media dan tayangan drama The Secret baru-baru ini berjaya meraih perhatian.
Hanya berfesyen
Remy atau nama sebenarnya, Mohammad Zalimei Ishak bagaimanapun memaklumkan bahawa subang hidung tersebut adalah palsu dan hanya digayakan sekadar untuk fesyen semata.
“Cincin hidung ini tipu tau. Ini bukan untuk watak baru tapi sekadar fesyen,” katanya ketika ditemui Gempak di GSC Midvalley, pada Selasa.
Malah, Remy turut mengakui tidak kisah sekiranya netizen mengecam penampilannya itu kerana sudah bergelar bapa.
“Bagi peluang la, sewaktu muda dahulu tak boleh nak buat. Dulu kalau buat kena kecam sebab belum kahwin, belum ada anak.
“Sekarang tak apa, saya tak peduli dah ada anak lantak orang nak kecam,” katanya dengan nada seloroh.
BERITA TRENDING: The Experts: Dikelilingi Enam Kamera, Kena Menari Tango Depan Lebih 100 Orang, Remy Ishak Kongsi Kisah Sebenar Berlaku Behind The Scene
BERITA TRENDING: Upload Gambar Baru Di IG, Ramai Terpegun Lihat
BERITA TRENDING: Baru Tengok Trailer Dah Pecah Perut, Netizen Rindu
BERITA TRENDING: Ada 24 Anak Dari 3 Isteri, Rumah Lengkap Masjid,
Dalam perkembangan lain, Remy telah membintangi drama The Secret iaitu terbitan platform penstrimen popular Viu sebagai pensyarah.
Kata Remy, pada awalnya dia agak skeptikal untuk menerima tawaran berlakon dalam drama lapan episod ini kerana mengetengahkan isu rogol.
“Ketika saya baca skrip drama ini pada awalnya agak skeptikal sebab pasal rogol masyarakat bukannya nak ambil tahu sangat.
“Saya sedikit risau juga sebelum nak terima tawaran ini terapi saya rasa apa salahnya terlibat dalam satu projek yang dalam masa sama beri manfaat kepada orang ramai,” katanya.
Selain Remy, antara pelakon lain membarisi drama berkenaan ialah, Siti Salehe, Ucop, Sara Mack Lubis, Nadiyaa Nisa, Fatimah Abu Bakar, Amir Nafis dan Lorenzo.