Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Gegar Vaganza 10 Bakal Kembali! Roadshow & Showcase Bermula 10 Ogos Hadiah Buat Peminat Yang Menyokong

Asyikin Mayudin
09/08/2023 07:50 MYT
Rancangan realiti tersohor negara, Gegar Vaganza kini kembali lagi dengan musim ke-10 dan sudah pasti peminat tidak sabar untuk mengetahui siapa bakal pengacara, juri tetap dan peserta.

Bersempena dengan 10 tahun Gegar Vaganza dan sebagai tanda penghargaan buat seluruh rakyat Malaysia, Astro ingin menghadiahkan buah tangan khas buat para penonton iaitu GV Roadshow 2023.

Siri jelajah itu bakal berlangsung ke empat lokasi di empat buah negeri iaitu Kuantan Pahang, Johor Bahru, Kuala Lumpur dan di salah sebuah negeri di utara Malaysia.

GV Roadshow 2023 akan ke lokasi-lokasi tersebut bermula 10 Ogos untuk membolehkan peminat-peminat menyaksikan penyanyi-penyanyi kegemaran mereka beraksi secara langsung serta berpeluang bertemu dengan mereka.

Menurut Ketua Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh, pihak Astro mahu membawa GV kepada peminat sebagai tanda penghargaan mereka yang menyokong program itu selama sembilan tahun.

“Pihak Astro mahukan yang terbaik untuk setiap signature yang kami terbitkan. Gegar Vaganza bagaikan nadi kepada sajian hiburan kami yang dinanti-nantikan oleh para penonton kami.

“Sebelum kembalinya musim kesepuluh nanti, pihak Astro mahu membawakan Gegar Vaganza kepada para peminat di beberapa buah negeri termasuk Pahang, Johor Bahru, Kuala Lumpur dan di sebuah negeri di utara Malaysia yang akan diumumkan kelak.

“GV Roadshow 2023 ini bagaikan merealisasikan impian kami dalam merapatkan silaturrahim antara para peminat dan penyanyi-penyanyi tersohor Malaysia. Kami berharap pengalaman bersua dengan bekas peserta-peserta Gegar Vaganza tidak akan dilupakan nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Astro turut meluahkan rasa teruja dengan sokongan daripada penaja dan berterima kasih kepada Adabi, Cuckoo dan Farm Fresh atas kerjasama sepanjang rancangan ini berlangsung.

“Kami turut teruja dengan sokongan para penaja kami yang sentiasa memberikan kepercayaan kepada Astro. Saya ingin ambil kesempatan untuk meluahkan setinggi-tinggi penghargaan kami kepada Farm Fresh yang kembali sebagai penaja utama Gegar Vaganza.

“Manakala pihak Astro turut berterima kasih kepada Adabi, Cuckoo dan Farm Fresh atas kerjasama yang berpanjangan ini,” ujarnya lagi.

GV Roadshow 2023 akan berlangsung di Tasek KotaSAS, Kuantan, Pahang pada 12/08/2023; Puteri Harbour, Johor Bahru pada 26/08/2023, Kuala Lumpur dan juga di salah sebuah negeri di utara Malaysia yang akan diumumkan nanti.

Bintang-bintang Gegar Vaganza seperti Wann, Elyana, Dina Nadzir, Aweera, Tom, Fuad Rahman, Sham Visa dan ramai lagi bakal menyerikan pentas GV Roadshow 2023 kelak.

Selain itu, Jamming with the Stars, Showcase istimewa barisan bintang Gegar Vaganva dari musim pertama – sembilan akan menemui para peminat setiap Khamis bermula 17 Ogos sehingga 17 September.

Showcase itu akan bermula pada pukul 9 malam sehingga 10 malam yang akan berlangsung di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.

Sesi ini juga boleh distrim secara langsung di platform digital Gempak. Nama-nama yang bakal membuat persembahan termasuk Jaclyn Victor, Aliff Aziz, Naqiu, Noryn Aziz, Dina Nadzir dan ramai lagi.

BACA SINI: [VIDEO] Nabil Ahmad Kena ‘Sound’ Sebab Ajak Mas Idayu Sertai GV10 - “Kau Jangan Nak Jatuhkan…”


#Elly Mazlein #Nabil Ahmad #Jihan Muse #Gegar Vaganza #Juri GVX #GV10
;