Penyampai radio ERA FM iaitu Nabil Ahmad dengan beraninya mengajak penyanyi Mas Idayu menyertai program realiti Gegar Vaganza musim ke-10 pada tahun ini.

Bagaimanapun pelawaan Nabil itu ditolak oleh Mas Idayu atau mesra disapa sebagai Mummy yang ketika itu hadir ke segmen 3 Pagi Era semalam.

“Itu soalan bodoh la… bagi mummy, itu memang stupid. Untuk yang 33 tahun mummy dalam industri, awak nak suruh mummy dalam 12 tahun dulu zaman ada program dengan Black dulu boleh la.

“Masa belum betul-betul, bukan mummy masa itu tak ada nama, memang dah ada nama, tetapi mummy rasa masih boleh masuk mana-mana pertandingan.

“Tak payah sebut Gegar Vaganza, mana-mana pun boleh masuk,” tegas Mas Idayu menerusi video yang dikongsikan di TikTok Era FM.

Mas Idayu berpendapat selebriti yang sentiasa menjadi juri tetap di mana-mana program tidak sepatutnya dijemput menyertai mana-mana pertandingan.

“Tapi kalau dah tahap mummy rasa, mana-mana artis yang dah pernah jadi juri tetap dan sentiasa dia panggil, kekal mana-mana program dipanggil, kau jangan nak jatuhkan level aku,” ujarnya.

Nabil bagaimanapun menjelaskan ramai netizen yang mahukan Mas Idayu menyertai GV untuk melihat kehebatannya dalam nyanyian.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

@era.je Nah, bukan @azadsyaziraroses je kena sound, @nabilzira pun kena jugak sebab dia ajak Mummy @masidayu1001 join Gegar Vaganza 10. Ni jawapan dari Mummy guys, mummy kata dia dah 30 tahun dalam industri dan konsisten jadi juri untuk show-show besar, takkan dia nak rendahkan martabat diri dia. ? #sharERA #3PAGIERA ♬ original sound - ERA