GEGAR VAGANZA 11
Gegar Vaganza 11: Pasha Ungu Puji Bintang GV, Kongsi Tips Jaga Suara - “Banyak Latihan, Perasaan & Mood Juga Penting”
Penyanyi popular Indonesia yang juga merupakan anggota kumpulan Ungu, Pasha memuji kesemua bintang yang bertanding dalam program Gegar Vaganza 11 (GV11).
Kagumi kualiti penyanyi senior di Malaysia
Menurut Pasha, sebagai seorang anak seni, dia juga amat mengagumi kualiti nyanyian penyanyi-penyanyi senior di Malaysia dan boleh dijadikan contoh buat generasi seterusnya.
“Secara peribadi saya berasa senang sekali dapat kembali belajar dengan melihat bagaimana para penyanyi penyanyi dahulu boleh menjaga kualiti nyanyian mereka hingga ke hari ini.
“Pada saya ini merupakan contoh yang baik kepada kita semua dan juga generasi selanjutnya.
“Alhamdulillah, saya juga rasa beruntung dapat menjadi antara yang berada di pentas Gegar Vaganza ini.
“Dapat belajar dan berkolaborasi dengan penyanyi penyanyi hebat di Malaysia dan juga Indonesia,” katanya kepada Gempak.
Pasha berkata demikian ketika ditemui selepas sesi latihan dan sound check konsert akhir GV11 bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Sabtu.
ARTIKEL BERKAITAN:#Gegar Vaganza 11: “Tak Sabar Nak Orang Tengok Kebolehan Dia…” - Taufik Batisah Harap Sheila Abdul Jadi Juara
ARTIKEL BERKAITAN:Gegar Vaganza 11: Siapa Bakal Julang Gelaran Juara? Tema ‘Its Final’ Jadi Penentu, Semak Tugasan Lagu Minggu Akhir
ARTIKEL BERKAITAN:Gegar Vaganza 11: Krisdayanti, Dolla & Jamal Abdillah Bakal Hangatkan Pentas Akhir!
ARTIKEL BERKAITAN:Gegar Vaganza 11: Hampir ‘Give Up’ Dengan Dunia Nyanyian, GV Beri Lembaran Baru Untuk Zehra Zambri - “Saya Pernah Ada…”
ARTIKEL BERKAITAN:Gegar Vaganza 11: Dikatakan Sebagai Pencabar Terkuat, Liza Aziz Tak Rasa Bintang Lain Tergugat - “Saya Pun Dah Menang Banyak Kali…”
Kongsi tips jaga suara
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai tips penjagaan suaranya, Pasha berkata perasaan dan mood juga harus diambil kira.
“Saya bersyukur suara masih begini, mungkin disebabkan banyak lakukan latihan dulu. Selain itu, pada saya perasaan juga penting dan mood juga harus dijaga,” katanya.
Konsert akhir GV11 bakal menyaksikan Pasha menyampaikan lagu Terlanjur Cinta bersama finalis, Ning Baizura.
Selain Pasha, artis undangan lain yang akan membuat persembahan bersama finalis adalah Krisdayanti, Taufik Batisah, Datuk Jamal Abdillah, Jaclyn Victor dan Dolla.
Kesemua bintang diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S selaku ketua juri.
GV11 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse namun bermula minggu keenam, pelakon, Sherry Alhadad menggantikan tempat Jihan kini baru sudah menimang cahaya mata ketiga dan menjalani proses berpantang.
GV11 bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selama 12 minggu.
Rancangan ini juga dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104).
Rancangan popular ini juga boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.
Must-Watch Video