Laman Utama

Gelagat Anakanda Agong Curi Perhatian, Jom Kenali Kekanda & Adinda Tengku Hassanah

Asyikin Mayudin
15/09/2023
14:55 MYT
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah adalah anakanda kedua dan putera sulung Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Beliau melanjutkan pengajian di Akademi Tentera Diraja Sandhurst di United Kingdom selama setahun. Tengku Hassanal diputerakan pada 17 Sept 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang.
Putera diraja ini memulakan pendidikannya di Sekolah Rendah Sherburne, United Kingdom pada 2002 hingga 2007 sebelum melanjutkan pengajian ke Sekolah Menengah St Thomas pada 2008 hingga 2012 dan University of Nottingham selepas itu.
Mei tahun 2018, beliau tamat pengajian dari Geneva School of Diplomacy and International Relations di Switzerland dengan ijazah dalam bidang Hubungan Antarabangsa.
Mengikut susur galur keluarga, Tengku Hassanal merupakan cucunda kepada bekas Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar di sebelah bondanya, Tunku Azizah.
Ini menjadikannya anakanda saudara kepada Sultan Johor kini, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan sepupu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Selain Tengku Hassanah, Seri Paduka juga mempunyai lapan orang lagi anakanda.
Empat puteri Seri Paduka iaitu Tengku Puteri Iman Afzan, Tengku Ilisha Ameera, Tengku Ilyana dan Tengku Puteri Jihan.
Seri Paduka dan Raja Permaisuri juga mempunyai sepasang kembar iaitu Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah Al-Sultan Abdullah dan Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.
Seorang lagi puteri, ialah Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah Al-Sultan Abdullah.
Beliau merupakan puteri bongsu kepada Seri Paduka dan Raja Permaisuri.
Selain itu, dua lagi putera iaitu Tengku Amir Nasser Ibrahim dan Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah.
BACA SINI: [FOTO] Bijak & Berjaya, Anakanda Kembar Agong Tamat Pengajian Di London, Netizen Ucap Tahniah!
BACA SINI: Tengku Hassanal Ikrar Berusaha Selamatkan Harimau Daripada Pupus
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Johan Pertandingan Menangis Beramai-Ramai Ini Bawa Pulang RM143.50

gempak
27/07/2024
00:55 MYT
Satu acara pertandingan menangis diadakan di Tegal, wilayah Jawa Tengah dengan pemenang membawa pulang hadiah berupa wang tunai 500,000 rupiah (RM143.50).
Viral

Dikritik Gara-Gara Bergambar Dengan Kereta Tank Israel, Bright Vachirawit Mohon Maaf

gempak
26/07/2024
23:55 MYT
Pelakon Thailand, Bright Vachirawit menerima kecaman yang hebat gara-gara bergambar di hadapan sebuah kereta tank didakwa milik Israel ketika berada di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.
Hiburan

Diana Rafar, Zamarul Hisham dan Afyaa Santuni Selebriti Veteren Menerusi Dari Poket Artis Ke Poket Artis 2.0

gempak
26/07/2024
21:30 MYT
Kejayaan program Dari Poket Artis Ke Poket Artis 1.0 yang dijalankan pada November tahun lalu mendorong pasangan selebriti, Diana Rafar dan Zamarul Hisham menganjurkan siri kedua.
Viral

Pesta Kahwin Ada Lagi 2 Bulan, Anant Ambani Sambung Rai Di UK, Putera Harry, Meghan Tetamu

gempak
26/07/2024
15:55 MYT
Ingatkan sudah selesai, rupa-rupanya masih ada lagi majlis perkahwinan penuh sensasi yang mahu diraikan antara orang terkaya dunia, Mukesh Ambani.
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.