Laman Utama

[FOTO] Bijak & Berjaya, Anakanda Kembar Agong Tamat Pengajian Di London, Netizen Ucap Tahniah!

Azwa Rahman
20/07/2022
06:59 MYT
Anakanda kembar Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berjaya menamatkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di University of London, United Kingdom.
YAM Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah dianugerahkan ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kriminologi dan Sosiologi manakala YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pula telah dianugerahkan ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pengurusan dan Perakaunan.
Menerusi laman sosial Instagram Istana Negara, Baginda dan Raja Permaisuri Agong telah berangkat menghadiri majlis graduasi anakanda-anakanda Baginda berdua yang diadakan di Kampus Royal Holloway, University of London di Egham, Surrey, United Kingdom pada 18 Julai 2022.
Turut berangkat sama ke majlis konvokesyen tersebut adalah anakanda-anakanda Seri Paduka Baginda, Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha dan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.
Dalam pada itu, Baginda berdua turut berkenan meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra dengan barisan pemimpin tertinggi universiti tersebut selain berfoto kenangan bersama keluarga.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya melahirkan ucapan tahniah kepada kedua anakanda baginda dan mendoakan semua yang terbaik buat Tengku Ahmad Ismail dan Tengku Puteri Afzan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Kongsi Foto Bersama Tengku Puteri Afzan, Tengku Puteri Ilisha, Tengku Puteri Iman: “Goodbye Istana Negara”

gempak
30/01/2024
08:45 MYT
Sebagaimana sedihnya Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah meninggalkan Istana Negara, hari ini, perasaan sama turut dirasai anakanda Seri Paduka Baginda Berdua.