Gelagat pelakon Fatin Afeefa mengelak disentuh suaminya, Aliff Awang demi menjaga wuduk mencuri perhatian pengikut laman sosial.

Video yang dimuat naik oleh Aliff menerusi TikTok menunjukkan yang dia cuba mengusik Fatin untuk menyentuhnya tetap Fatin sedapa upaya mengelak demi menjaga wuduknya.

Fatin sedaya upaya mengelak hingga cuba meletakkan beg tangannya di antara dia dan suami untuk menjauhkan dirinya.

Video itu mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memahami perasaan Fatin sebagai isteri yang mahu menjaga wuduk kerana sudah siap bersolek dan mahu bertahan sehingga masuk waktu.

“Kalau ada wuduk memang nak jaga, lagi lagi kalau dah make up memang malas nak make up balik. I feel u!,” komen salah seoorang pengikut laman sosial.

“Make up mahal woo! Dah make up nak tanggal dan pakai balik auto mahal,” ujar salah seorang netizen.

“Sama dengan saya, dah siap make up mesti akan cuba sedaya upaya untuk jaga wuduk sampai masuk waktu,” kata salah seorang warga net.

Tidak kurang juga yang memuji sifat Fatin yang cuba sedaya upaya menjaga wuduk selain menyifatkan mereka pasangan yang ‘sweet’.

“Ya Allah jaga wuduk…Alhamdulilah limited edition,” kata salah seorang pengikut.

Sejak pasangan ini berkahwin pada 30 Disember lalu, banyak gelagat mereka yang dianggap romantik menjadi perhatian netizen.

@aliff_awang

Sayang ? I nak pegang je. Bukan pukul !! Kalau you tak bagi I pegang, I nak buat apa? Takkan I nak pegang phone je huhu. Bosan tau pegang phone asyik withdraw je kerja. I nak pegang you nak rasa kemenangan ! Eh kalau korang semua ada masalah macamni, cuba TEKAN LINK KAT BIO ! Maybe bila kau berduit, isteri takmau pegang ? tak percaya? Kau buat dulu duit dengan aku !

♬ Nan Ko Paham - Kkz D BLG