Gelaran ‘Datin’ Beri Tekanan Kepada Atikah Suhaimie - “Saya Bukan Macam Suami Yang Lakukan…”
Asyikin Mayudin
18/04/2024 06:55 MYT
18/04/2024 06:55 MYT
Pelakon Atikah Suhaimie mengakui dia masih belum selesa dengan Datin selepas mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Datuk Lokman Teh.
Gelaran Digunakan Atas Urusan Kerja
Bagaimanapun, pelakon kelahiran Singapura ini berkata gelaran itu hanya digunakan ketika dia sedang bekerja atau bertemu dengan orang atas urusan kerja.
"Dipanggil Datin masih belum selesa. Lagi pula saya asal Singapura kan. Apa pun rasa seronok. Kalau dengan kawan-kawan memang saya tak suruh mereka panggil Datin
“Tetapi dari sudut kerja di pejabat atau berjumpa dengan client patut guna gelaran itu. Kerana saya perasan satu perkara terutama dalam perniagaan, bila ada gelaran Datin baru orang akan teruja dan terkejut.
“Untuk orang hormat. Kalau sebelum ini mungkin orang pandang saya masih budak-budak, tetapi bila sebut Datin mereka layan lain. Lebih dengar pendapat saya,” katanya.
Gelaran 'Datin' Beri Tekanan
Dalam pada itu, Atikah mengakui dia sedikit berasa tertekan dengan gelaran tersebut kerana beranggapan hasil kerjanya tidak sama seperti apa yang dilakukan suaminya untuk mendapatkan status itu.
"Sebenarnya gelaran Datin itu ada buat saya rasa sedikit tertekan kerana bukan semua orang dapat gelaran tersebut.
"Suami saya pula sudah melakukan pelbagai perkara dan usaha untuk memperoleh gelaran Datuk. Saya bukan macam suami yang lakukan macam-macam. Ada kala rasa tidak setaraf dengan suami.
"Lagi satu, gelaran itu juga memberikan satu motivasi untuk saya berusaha dan memberikan semula kepada masyarakat,” ujarnya.
Sekadar info, Atikah selamat bergelar isteri kepada Datuk Lokman Teh.