Hiburan
Netizen Puji Atikah Suhaimie Rajin Masak Sahur - “Boleh Katakan Setiap Hari Aku Macam Wajib Tengok…”
Perkongsian video di TikTok memperlihatkan pelakon Datin Atikah Suhaimie menyediakan juadah sahur untuk keluarganya seramai 10 orang mendapat perhatian netizen.
BERITA TRENDING: Atikah Suhaime Anggap Kehidupan Rumah Tangga Indah - “Mula-Mula Saya Nak Jadi Macam Datin Duduk…
Sepanjang Ramadan, Atikah akan berkongsi video dia sedang memasak makanan sahur yang dilihat agak ‘mewah’ antaranya nasi ayam dan ayam sambal.
Rata-rata netizen memuji sifat rajin Atikah yang masak menu berat pada waktu sahur untuk keluarga mentuannya.
“Boleh dikatakan setiap hari aku macam wajib tengok Atikah Suhaimie masak apa untuk sahur… suka tengok.
“Tak sangka Atikah ni pandai masak, rajin, pandai berniaga dan paling penting pandai sesuaikan diri dengan keluarga mertua.
“Bestkan dapat masak untuk semua makan sahur/berbuka. Feeling dia lain macam hehe. By the way, saya suka tengok cara kak masak,” komen beberapa netizen.
Membalas salah satu komen netizen, pelakon kelahiran Singapura ini mengakui dia sangat seronok memasak kerana berasa seperti membuka kedai makan.
“Best. Rasa macam buka restaurant,” kata Atikah.
@atikahsuhaimeeee Sahur for 10: Ayam sambal, soup white cucumber Mummy Mertua and sayur kobis goreng ? #fyp #foodvlog #tiktokmalaysia ♬ original sound - TikaMe
Must-Watch Video