Hiburan

Gelaran PU Dicemari Kontroversi, PU Taha Mengaku ‘Koyak’ & Kini Guna Nama Dr T

gempak
Fiza Kamarudin
02/03/2020
02:38 MYT
Sponsor Banner
Gelaran PU Dicemari Kontroversi, PU Taha Mengaku ‘Koyak’ & Kini Guna Nama Dr T
Pencetus Ummah (PU) Taha tidak mahu lagi menggunakan gelaran PU disebabkan gelaran tersebut sudah dicemari beberapa siri kontroversi segelintir bekas peserta program keagamaan itu.
Taha Mohd Omar yang juga naib juara program PU musim ketiga itu kini lebih selesa menggunakan nama Dr T sejajar dengan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang ekonomi dari Universiti Sains Malaysia (USM) yang dimiliki.
“Bukan tak nak menggunakan nama PU tapi terlalu banyak kontroversi yang mengaitkan nama PU.
“Lagipun dari segi jenama panggilan PU itu sudah tidak lagi membawa imej baik dan murni walaupun terjemahannya sangat baik iaitu pencetus ummah,” katanya.
Ditanya kenapa dia tidak lantang bersuara seperti PU lain yang berani memberikan kenyataan mengenai beberapa isu semasa yang berlaku, Taha berkata, dia enggan menjejaskan nama baik Astro.
“Pertama sekali saya tidak mewakili diri saya sendiri saja kerana saya turut membawa nama Astro, tempat saya lahir daripada program Pencetus Ummah.
“Jika saya lantang bersuara dan apa yang dihujahkan itu pasti melambangkan satu platform besar dikhuatiri akan dapat maklum balas yang buruk.
“Kita boleh bertindak tapi biarlah dengan cara berimpak dan tak semestinya perlu popular di media sosial semata-mata. Percaya atau tidak apabila kita lantang di media sosial, ia ibarat hangat-hangat tahi ayam saja kerana isu itu hanya panas sekejap.
“Apa yang penting adalah melakukan sesuatu perkara dengan cara turun padang dan buat sesuatu yang memberi impak. Barulah apa yang ingin dicapai berjalan dengan baik seperti dilakukan pendakwah terkenal Ebit Liew,” katanya.
Menurut Taha, antara sebab lain juga dia tidak kuat untuk berhadapan dengan cercaan dan kritikan daripada netizen.
“Saya tak sedia nak menerima kejian dan hinaan daripada netizen. Sedih apabila anak atau isteri turut terpalit sama. Mudah kata saya cepat ‘koyak’ apabila dihentam dengan benda yang bukan-bukan,” katanya.
Panggilan Dr T mula dikenali ramai menerusi program Zayan Fikir dan sesi kelas belajar bahasa dalam segmen Salam Bros bersama Mawi dan Anas di stesen radio Astro, Zayan.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live